• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Zayn Rayyan Dilihat Tinggalkan Kompleks Mahkamah

oleh Mohd Arshad
12/06/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Ibu Zayn Rayyan Dilihat Tinggalkan Kompleks Mahkamah
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA : Ibu kepada Zayn Rayyan Abdul Matiin yang direman sejak 1 Jun lalu bagi membantu siasatan kes bunuh kanak-kanak autistik dilihat meninggalkan Kompleks Mahkamah di sini, sebentar tadi.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Wanita berusia 29 tahun berkenaan dikawal ketat polis di lobi mahkamah sebelum dibawa masuk kenderaan agensi penguatkuasaan itu pada jam 12.50 tengah hari.

Difahamkan, ibu kanak-kanak itu tiba jam 10.30 pagi sebelum dibawa masuk mahkamah manakala beberapa individu dipercayai ahli keluarga kanak-kanak itu dilihat masuk lobi mahkamah jam 10.55 pagi.

Puluhan pengamal media yang hadir tidak dibenarkan mengikuti prosiding, sebaliknya hanya boleh membuat liputan perkembangan kes terbabit di lobi mahkamah.

Terdahulu, peguam Fahmi Abd Moin dan Mahmud Jumaat dilihat tiba di mahkamah masing-masing pada jam 11.15 pagi dan 11.20 pagi.

Turut kelihatan berada di mahkamah adalah ahli keluarga kepada bapa kanak-kanak malang itu.

Sebelum ini, polis menyambung reman ibu bapa kepada kanak-kanak autisme terbabit bagi membolehkan siasatan lanjut diteruskan terhadap kedua-dua mereka.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata pasangan itu direman enam hari hingga esok.

Pasangan suami isteri itu direman bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas mereka ditahan di sekitar Puncak Alam, 31 Mei lalu.

Pada 6 Disember tahun lalu, Zayn Rayyan ditemukan meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartment Idaman, Damansara Damai, kira-kira 10 malam.

-Berita Harian

Tags: Kompleks MahkamahZayn Rayyan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Malaysia Pilihan Tor Dan Tonje

Next Post

Polis Rakam Lapan Keterangan Berkaitan Kes Keracunan Makanan

Related Posts

Kes Bella: Siti Bainun Mohon Guna Laporan Polis Berkait Kes Zayn Rayyan

Kes Bella: Siti Bainun Mohon Guna Laporan Polis Berkait Kes Zayn Rayyan

19/05/2025
0

PUTRAJAYA – Peguam yang mewakili Siti Bainun Ahd Razali memberitahu Mahkamah Rayuan di sini pada Isnin bahawa, pembelaan telah memasukkan...

Ada Elemen Pengabaian Oleh Ibu Bapa Zayn Rayyan – Pegawai Penyiasat

Ada Elemen Pengabaian Oleh Ibu Bapa Zayn Rayyan – Pegawai Penyiasat

24/04/2025
0

PETALING JAYA: Seorang pegawai penyiasat dalam kes Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin memberitahu Mahkamah Sesyen di sini, hari ini terdapat...

Next Post
Polis Rakam Lapan Keterangan Berkaitan Kes Keracunan Makanan

Polis Rakam Lapan Keterangan Berkaitan Kes Keracunan Makanan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd