Wednesday, June 26, 2024

Creating liberating content

Warga Emas Sorok ‘Gelang...

PETALING JAYA - Lelaki warga emas yang memakai gelang merah jambu ditahan polis...

AMK Terus Hasut Rakyat,...

KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) menghasut orang ramai supaya membantah pelaksanaan...

PEKIRA Mahu Diberi Peluang...

KUALA LUMPUR – Parti Ekonomi Rakyat Malaysia (PEKIRA), yang masih belum diluluskan Jabatan...

Kostum Halloween ‘No Face’...

KANAK-KANAK sering kali dilihat berpakaian comel, namun berbeza dengan kanak-kanak dari Taiwan ini apabila...

‘Cuaca Buruk Halang Helikopter Ambil Rakan Lebih Awal’ – Muhammad Illaham

Sepang : Peserta ekspedisi pendakian Gunung Denali, Alaska di Amerika Syarikat baru-baru ini, Muhammad Illaham Ishak mendedahkan beliau mengambil keputusan untuk turun sendiri ke kem lima bagi mendapatkan helikopter bertujuan membantu rakannya yang terperangkap akibat cuaca buruk ketika perjalanan turun dari puncak berkenaan, 28 Mei lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Walaupun mengambil risiko turun berseorangan mengharungi ribut dan salji tebal selama kira-kira 15 jam bagi mendapatkan bantuan kecemasan, beliau berkata, tindakan itu perlu dilakukan segera memandangkan keadaan seorang lagi pendaki Zulkifli Yusuf ketika itu bertambah buruk dan mengalami kecederaan kaki.

“Saya turun ke bawah sebenarnya nak cari helikopter persendirian untuk pergi ambil Ajoi (Zulkifli) di Football Field (laluan landai sebelum puncak), tapi perkhidmatan tu tiada, hanya ada renjer sahaja dan mereka tidak dapat naik ke atas kerana cuaca buruk.

“Renjer lihat tangan dan kaki saya, mereka kata saya dah ada ‘high-altitude pulmonary edema’ (paru-paru berair altitud tinggi atau HAPE) dan suruh saya turun segera dan tak boleh tunggu lama.

“Memang helikopter yang ada ketika itu sepatutnya ambil Ajoi melalui ‘bucket’, lepas itu ambil saya dan turun ke bawah tapi memandangkan keadaan cuaca yang buruk dan keadaan kesihatan saya, mereka buat keputusan untuk ambil saya dahulu dan bawa turun ke bawah,” katanya kepada media ketika ditemui selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, di sini, tengah malam tadi.

Ketibaan beliau disambut laungan Allahu Akhbar oleh keluarga dan rakan-rakan yang menunggu kepulangannya susulan tragedi yang berlaku ke atasnya dan dua lagi pendaki Malaysia selepas berjaya menawan puncak Gunung Denali pada 27 Mei lalu.

Muhammad Illaham yang juga Presiden Kelab Jelajah Alpine Malaysia berkata, sebaik sahaja berjaya dibawa turun, beliau terus dibawa ke hospital dan dimasukkan ke wad kecemasan kerana mengalami luka beku tahap tiga.

Menurutnya, pada ketika itu beliau bimbang dengan keadaan Zulkifli dan Zainudin Lot yang sedang berada di Football Field berketinggian 5,791 meter iaitu lokasi antara puncak Denali dan kem lima.

“Saya harap esok itu (29 Mei), helikopter boleh naik tapi rupanya tak boleh ambil mereka juga kerana cuaca buruk.


“Jumaat lepas (31 Mei), renjer dapat naik tapi semua terkejut kerana rupanya Ajoi dah tinggalkan kita dua hari awal. Saya betul-betul terkejut bila diberitahu oleh Wisma Putra,” katanya.

Zulkifli dilaporkan meninggal dunia pada 6 pagi waktu tempatan 29 Mei lalu, semasa berlindung di dalam sebuah gua salji di Football Field dengan punca kematian disyaki akibat HAPE.

Jasadnya selamat dibawa turun dari lokasi kejadian pada 8.30 pagi waktu tempatan 1 Jun lalu dengan bantuan pihak berkuasa tempatan.

Muhammad Illaham turut melahirkan rasa kesyukuran kerana selamat daripada tragedi itu.

“Saya berserah diri kepada Allah sejak malam kejadian ribut di atas (gunung) dan sampai hari ini, banyak cabaran saya tempuhi. Sesungguhnya Allah yang membantu segalanya dan berkat doa keluarga dan kawan-kawan semua,” katanya.

Muhammad Illaham bersama dua lagi rakan pendaki, Zainudin, 48, dan Zulkifli, 37, tiba di puncak Gunung Denali berketinggian 6,190 meter sekitar jam 11 malam, 27 Mei (waktu tempatan).

Sebelum ini, Muhammad Illaham telah melakukan pendakian di beberapa puncak tertinggi seperti Gunung Kilimanjaro, Afrika; Gunung Elbrus, Rusia; Gunung Everest, Nepal; Gunung Aconcagua, Argentina dan Gunung Carstensz, Indonesia.

-Harian Metro

1 komen

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori