Wednesday, June 26, 2024

Creating liberating content

Najib Tak Pernah Minta...

PETALING JAYA – Peguam cara Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Zaid...

Polis Perlukan Seminggu Kenal...

HUTAN MELINTANG - Polis memerlukan masa sekurang-kurangnya seminggu untuk menjalankan siasatan serta mengenal...

PSG Sedia Berdepan Real...

SELEPAS diancam oleh tindakan Real Madrid yang mahukan khidmat pemain penting Manchester United,...

Paderi Kantoi Rogol Budak...

PERBUATAN seorang paderi dari Minas Gerais, Brazil merogol kanak-kanak berusia lima tahun terbongkar...

‘Beribu Ikan Bandaraya Ditangkap Dalam Masa 3 Jam’

BANGI – Operasi memburu ikan asing di denai Sungai Kebangsaan, Sungai Langat dekat sini, selama tiga jam merekodkan hampir 1 tan spesies invasif iaitu ikan bandaraya berjaya ditangkap pada Ahad.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Operasi bermula jam 8 pagi itu melibatkan Jabatan Perikanan Malaysia (DOF), Komuniti Pemburu Ikan Bandaraya (KPIB), Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Syarikat Air Selangor dan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS).

Pengarah Jabatan Perikanan Selangor, Noraisyah Abu Bakar berkata, aktiviti ini diteruskan menerusi Program Pemuliharaan Sumber Perikanan Darat siri II dengan memfokuskan aktiviti memburu ikan asing mengekang kebanjiran populasi ikan asing invasif yang telah menjejaskan spesies ikan asli dalam ekosistem perairan negara.

“Sehingga jam 11 pagi, tangkapan yang menggunakan kaedah menjala ini telah menangkap 737 kilogram ikan bandaraya iaitu sebanyak 1,890 ekor.

“Purata berat bagi setiap ekor seberat 600 gram dan ini adalah saiz yang sangat membimbangkan apabila berada di dalam sungai kita,” katanya kepada pemberita pada Ahad.

Menurutnya, hasil kajian stok ikan (inventori) yang dijalankan oleh Jabatan Perikanan Selangor pada tahun 2023 di empat sungai iaitu Sungai Batang Si, Sungai Tekala, Taman Botani Negara, Shah Alam dan Hutan Simpan Raja Musa, Bestari Jaya mendapati spesies ikan asli seperti baung, lampam sungai, udang galah, terbul, ketutu, pipi merah, patin dan selat masih lagi mendiami perairan sungai tersebut.

Jelasnya, namun turut dikesan ikan asing iaitu ikan bandaraya, keli Afrika dan tilapia hitam.


Dalam program itu juga, turut diadakan aktiviti pelepasan 10,000 ribu ekor benih ikan lampam sungai ke Sungai Langat.

“Pihak jabatan juga turut menyumbang peralatan kepada KPIB iaitu jala tangsi, penimbang gantung dan sarung tangan bagi kegunaan komuniti semasa memburu ikan asing,” katanya.

Turut hadir Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Izham Hashim serta Pengarah Kanan Akuakultur Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) Azahari Othman.

Sementara itu, Azahari berkata, program ini menyokong kepada inisiatif pemuliharaan kepelbagaian biodiversiti di Sungai Langat.

“DOF sentiasa cakna berkenaan isu ikan asing dan sentiasa komited untuk terus memulihara sumber perikanan darat di negara ini.

“Antara usaha yang dilaksanakan pada setiap tahun adalah Program Pelepasan Benih di perairan umum, Program Inventori Sumber Perikanan Darat serta Program Penghapusan Ikan Asing,” katanya.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori