• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Adik Tak Mengaku Bersalah Tetak Abang Dengan Parang

oleh Mohd Arshad
12/06/2024
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
1
Adik Tak Mengaku Bersalah Tetak Abang Dengan Parang
Share on FacebookShare on Twitter

Alor Gajah : Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Alor Gajah, di sini, hari ini, atas pertuduhan menetak abang kandungnya dengan parang hingga parah.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Tertuduh, Muhammad Tuah Md Dali, 27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Nariman Badruddin.

Berdasarkan pertuduhan, Muhammad Tuah didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah terhadap abang kandungnya, Muhammad Redza, 33, dengan menggunakan sebilah parang.

Kesalahan itu didakwa dilakukannya di sebuah rumah di Kampung Nelayan Kuala Linggi, Kuala Sungai Baru, dekat sini, pada jam 8.40 malam, 5 Jun lalu.

Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan (KK) dan dibaca bersama Seksyen 326A KK.

Seksyen 326 KK memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat jika sabit kesalahan manakaka bagi Seksyen 326A KK, tertuduh boleh dipenjara bagi satu tempoh dua kali ganda tempoh maksimum yang boleh dikenakan atas sabitan bagi kesalahan di bawah seksyen sama.

Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Ehsan Nasarudin menawarkan jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin, namun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jumlah itu dikurang atas alasan dia hanya bekerja kampung.

Mahkamah membenarkan tertuduh dilepaskan dengan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin bercagar sementara menunggu perbicaraan selesai serta menetapkan kes untuk sebutan bagi serahan documen dan melantik peguam pada 22 Julai depan.

Tertuduh juga dikenakan syarat tidak boleh mengganggu saksi pendakwaan termasuk mangsa.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret Alor Gajah, tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan memberikan dadah jenis methamphetamine kepada diri sendiri di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah pada 5 Jun lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 dan pengawasan polis untuk tempoh tidak melebihi tiga tahun.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Sharina Farhana Nor Sa’ari di hadapan Majistret Dr Teoh Shu Yee.

Mahkamah membenarkan tertuduh dilepaskan dengan jaminan RM2,000 dan seorang penjamin sementara menunggu perbicaraan selesai dan kes ditetapkan untuk sebutan bagi mendapatkan laporan patalogi pada 22 Julai depan.

Media sebelum ini melaporkan seorang peniaga parah selepas ditetak adik kandung hanya kerana enggan meminjamkan motosikalnya.

-Harian Metro

Tags: Parangtetak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis Rakam Lapan Keterangan Berkaitan Kes Keracunan Makanan

Next Post

Tiada Pengakuan Bersalah Daripada Ibu Zayn Rayyan – Peguam

Related Posts

Polis Cedera, Putus Urat Pergelangan Tangan Dilibas Parang

Polis Cedera, Putus Urat Pergelangan Tangan Dilibas Parang

02/08/2024
0

TELUK INTAN - Dua anggota polis cedera di tangan ketika bergelut menahan seorang pengedar dadah di sebuah rumah di Taman...

Suami Ugut Nak Tetak, Bunuh Isteri Kerana Kacau Tidur Kena Denda

Suami Ugut Nak Tetak, Bunuh Isteri Kerana Kacau Tidur Kena Denda

10/06/2024
0

Batu Pahat : Penyelia kilang didenda RM4,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mengugut...

Next Post
Tiada Pengakuan Bersalah Daripada Ibu Zayn Rayyan – Peguam

Tiada Pengakuan Bersalah Daripada Ibu Zayn Rayyan - Peguam

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd