• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

600 Anggota Polis Siap Siaga Sepanjang PRK Sungai Bakap

oleh AK-47
16/06/2024
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
600 Anggota Polis Siap Siaga Sepanjang PRK Sungai Bakap
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI BAKAP – Seramai 600 pegawai dan anggota polis akan ditugaskan bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terjamin sepanjang tempoh Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap berlangsung.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, jaminan keselamatan tahap tertinggi menjadi keutamaan kerajaan bagi memastikan pesta demokrasi yang akan berlangsung bermula 22 Jun ini sehingga 6 Julai dapat berjalan dengan lancar.

Menurutnya, beliau telah diberi taklimat oleh Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad dan pasukannya mengenai aspek keselamatan yang merangkumi tiga fasa dari sekarang hingga hari pengundian.

“Fasa pertama melibat persiapan dari segi logistik dan kekuatan tenaga kerja yang diperlukan seterusnya pengumpulan maklumat dari segi pergerakkan calon.

“Jadi dengan kekuatan seramai 600 pegawai dan anggota dianggap munasabah buat masa ini dan pada masa sama kita juga akan menasihati semua pihak terlibat supaya mematuhi undang undang keselamatan dalam negara kita supaya perjalanan semasa kempen itu tidak berlaku perkara-perkara yang dianggap mencetuskan ketidak tenteraman awam,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, pada Ahad.

Terdahulu, beliau menghadiri program Menteri Dalam Negeri bersama masyarakat India di Dewan Serbaguna Sungai Bakap.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, pengundi Sungai Bakap tidak perlu bimbang dan takut untuk menunaikan kewajipan mereka sebagai pengundi.

Beliau berkata, dengan jaminan keselamatan membolehkan pengundi keluar beramai ramai menunaikan tanggungjawab mereka disemua pusat pengundian yg telah ditetapkan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Sungai Bakap pada 6 Julai ini.

Timbalan Pengerusi SPR, Dr Azmi Sharom dilaporkan berkata, tarikh penamaan calon dan pengundian awal pula masing-masing ditetapkan pada 22 Jun dan 2 Julai.

PRK berkenaan diadakan susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri pada 24 Mei lalu akibat keradangan dalam perut.

Pada PRN Pulau Pinang Ogos tahun lalu, Nor Zamri yang juga Yang Dipertua Pas Nibong Tebal menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undi.

-Sinar Harian

Tags: anggota polisPRK Sungai Bakap
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Aliran Trafik Lancar, Terkawal

Next Post

Lelaki Bawa 4kg Syabu Ditahan, Rakan Larikan Diri Diburu

Related Posts

SPRM Reman 2 Anggota Polis Disyaki Terima Rasuah Balasan Tak Ambil Tindakan Kes Judi, Narkotik

SPRM Reman 2 Anggota Polis Disyaki Terima Rasuah Balasan Tak Ambil Tindakan Kes Judi, Narkotik

05/05/2025
0

KUALA TERENGGANU: Dua anggota polis direman tujuh hari kerana disyaki meminta serta menerima rasuah berjumlah kira-kira RM5,000 sebagai balasan tidak...

2 Anggota Polis Ditahan Disyaki Memeras Ugut

2 Anggota Polis Ditahan Disyaki Memeras Ugut

09/08/2024
0

Kuala Lumpur : Dua anggota polis ditahan selepas disyaki memeras ugut penghantar makanan di Lebuhraya Shah Alam (Kesas) dekat Bandar...

Next Post
Lelaki Bawa 4kg Syabu Ditahan, Rakan Larikan Diri Diburu

Lelaki Bawa 4kg Syabu Ditahan, Rakan Larikan Diri Diburu

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd