• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3.5 Juta Ahli KWSP Pindah RM10.86 Bilion Ke Akaun Fleksibel

oleh Mohd Arshad
27/06/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
3.5 Juta Ahli KWSP Pindah RM10.86 Bilion Ke Akaun Fleksibel
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Sebanyak 3.45 juta ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membuat pilihan untuk mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan daripada Akaun Sejahtera sebanyak RM10.86 bilion setakat 10 Jun, menurut Kementerian Kewangan (MOF).

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Kementerian itu menjelaskan angka berkenaan merangkumi 26.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli KWSP di bawah umur 55 tahun telah membuat pilihan tersebut.

“Jumlah ahli yang telah membuat pengeluaran melalui Akaun Fleksibel adalah sebanyak 2.93 juta atau 22.6 peratus (daripada jumlah keseluruhan ahli di bawah umur 55 tahun), melibatkan jumlah pengeluaran sebanyak RM6.98 bilion,” menurut kementerian itu dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat pada Rabu.

Kementerian itu menjawab soalan Datuk Seri Sh Mohmed Puzi Sh Ali (BN-Pekan) mengenai statistik semasa peratusan pengeluaran wang pencarum daripada Akaun Fleksibel KWSP dan kesan jangka masa panjang terhadap kestabilan simpanan persaraan pencarum.

Selain itu, MOF memaklumkan penstrukturan semula Akaun KWSP dilihat tidak memberi kesan signifikan kepada kedudukan kewangan KWSP kerana KWSP telah memperuntukkan baki tunai yang mencukupi untuk menampung permintaan pengeluaran Akaun Fleksibel oleh ahli.

Ia bagi menjawab soalan Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) mengenai peratus pencarum KWSP yang memilih pindahan ke Akaun 3 dan jumlah pengeluaran yang dikeluarkan setakat ini selain impak kepada kedudukan kewangan KWSP akibat pengeluaran itu.

-Harian Metro

Tags: Ahli KWSPAkaun FleksibelKWSP
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menggesa pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan mengeluarkan sedikit...

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

28/02/2026
0

SUNGAI BULOH: Agihan dividen yang diumumkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikreditkan terus ke dalam akaun masing-masing mengikut peruntukan undang-undang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd