• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Usaha Bawa Pulang Rakyat Terkandas Di Makkah: TH Belum Terima Laporan Rasmi

oleh Mohd Arshad
31/05/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Usaha Bawa Pulang Rakyat Terkandas Di Makkah: TH Belum Terima Laporan Rasmi
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) masih belum menerima laporan rasmi mengenai beberapa rakyat Malaysia yang terkandas di Makkah selepas didakwa ditipu agensi pelancongan yang berjanji untuk mendapatkan visa mengerjakan haji tahun ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata pihaknya difahamkan status mangsa yang terkandas masih sama dan mereka belum lagi membuat aduan kepada Lembaga Tabung Haji (TH) bagi meminta bantuan untuk dibawa pulang ke tanah air.

“Setakat laporan yang diterima daripada Ketua Pegawai Eksekutif TH (Syed Hamadah Syed Othman) dan Ketua Rombongan Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman belum ada secara rasmi mereka menghubungi untuk mendapatkan bantuan.

“Kita harap mereka (yang terkandas) membuat aduan kepada warga TH yang berada di Tanah Suci,” katanya selepas merasmikan Pavilion Al-Falah dan Pelancaran Buku Baharu terbitan agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Pusat Dagangan Dunia, hari ini.

Pada Rabu lepas, media melaporkan terdapat beberapa jemaah haji Malaysia terkandas di Mekah selepas pasport mereka dipegang agensi pelancongan sekali gus tidak boleh pulang ke tanah air.

Anak kepada mangsa terkandas dilaporkan berkata ibu bapanya mengambil pakej haji menggunakan visa pelancong yang diuruskan sebuah agensi pelancongan di Seri Kembangan, Selangor.

Mengulas lanjut, Mohd Na’im berkata kejadian tersebut membabitkan bidang kuasa Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya kerana membabitkan isu pelancongan dan umrah, manakala haji pula di bawah bidang kuasa TH.

Dalam masa sama, beliau turut mengingatkan rakyat Malaysia untuk tidak mudah mempercayai sebarang iklan yang dikeluarkan agensi pelancongan yang mendakwa mampu mengeluarkan visa haji.

“Saya sudah tekankan visa haji hanya dikeluarkan oleh TH yang mana merangkumi 31,600 pada tahun ini, selain daripada TH adalah kedutaan Arab Saudi yang disebut sebagai Visa Mujamalah atau Furada. Orang lain (agensi pelancongan) tidak ada kuasa untuk mengeluarkan apa juga bentuk visa haji,” katanya.

–Bernama

Tags: MakkahTH
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Baucar Buku Pelajar Sekolah Disalurkan Petang Ini – KPM

Next Post

RM8 Bilion Subsidi Elektrik, Diesel Diselamatkan – PM

Related Posts

Tiga Individu Ditahan Di Makkah Atas Penipuan Haji

Tiga Individu Ditahan Di Makkah Atas Penipuan Haji

18/05/2025
0

MAKKAH - Peronda keselamatan di Makkah telah menahan tiga pemastautin Indonesia kerana disyaki mendalangi satu skim penipuan di media sosial...

TH Umum Kos Mengerjakan Haji 2025 Pagi Esok

TH Umum Kos Mengerjakan Haji 2025 Pagi Esok

15/12/2024
0

ALOR SETAR : Kos mengerjakan haji untuk tahun depan sama ada meningkat atau kekal akan diumumkan Tabung Haji (TH) pagi...

Next Post
RM8 Bilion Subsidi Elektrik, Diesel Diselamatkan – PM

RM8 Bilion Subsidi Elektrik, Diesel Diselamatkan - PM

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd