Sunday, June 16, 2024

Creating liberating content

Firasat TMJ Sangat Mahal

Tentunya sebelum ini ramai berfikir tahap "confident" Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan...

Angkat Sumpah Exco Johor...

JOHOR BAHRU : Majlis angkat sumpah ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Johor...

PRN Sabah: 3 Calon...

KOTA KINABALU - Tiga calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah terpaksa menjalani kuarantin...

Syarikat Malaysia Enggan Melabur...

KUALA LUMPUR - Syarikat Malaysia masih enggan membuat pelaburan dalam dalam digitalisasi, walaupun...

‘Teruja Naik Gaji’

Putrajaya : Penjawat awam menyambut baik pengumuman mengenai kenaikan kadar gaji melebihi 13 peratus diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Penolong Setiausaha di Kementerian Sumber Manusia, Norasni Mohd Basaruddin, 41, berkata, itu adalah pengumuman yang amat dinantikan oleh semua penjawat awam selepas ia 12 tahun tidak disemak.

Namun dalam masa yang sama dia juga berharap pengumuman itu boleh memberikan suntikan semangat kepada penjawat awam dalam menyampaikan perkhidmatan.

“Saya juga yakin ia (kenaikan gaji) dapat membantu meringankan penjawat awam untuk berdepan kenaikan kos sara hidup ketika ini,” katanya.

Sementara itu, penjawat awam, Samantha Tan berkata, beliau teruja dengan pengumuman kadar kenaikan gaji berkenaan.


“Sudah lama penjawat awam tidak merasai kenaikan gaji dalam sektor awam. Kenaikan amat bertepatan memandangkan kenaikan kos sara hidup meningkat ketika ini,” katanya.

Sebelum ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan mengenai kadar kenaikan gaji serta gaji minimum bagi penjawat awam.

Kadar kenaikan tertinggi itu akan dilaksanakan bermula Disember ini dan ia diumumkan ketika berucap pada majlis sambutan Hari Pekerja 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori