Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

Suspek Kes Pukul Juruwang...

GEORGETOWN - Suspek lelaki yang menampar belakang kepala juruwang wanita di sebuah kedai...

Jenazah Bekas KSU KDN...

SHAH ALAM - Jenazah bekas Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk...

Rosyam Mula Misi 47.2km...

SHAH ALAM - Selebriti tempatan, Datuk Rosyam Nor memulakan misi berjalan kaki sejauh...

Sokongan Kaum Cina Kepada...

SEREMBAN – Sokongan kaum Cina kepada Barisan Nasional (BN) semakin bertambah sejak kebelakangan...

Terima RM6,000 Tak Ambil Tindakan Kes Cabul, Bekas Sarjan Didenda RM8,000

KUALA LUMPUR : Seorang bekas anggota polis berpangkat sarjan didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen, hari ini, kerana menerima wang RM6,000 daripada seorang lelaki supaya tidak mengambil tindakan terhadap anak individu berkenaan atas kesalahan mencabul pada 2022.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Hakim Suzana Hussin menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh yang juga bekas Penolong Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Seksual Wanita & Kanak-Kanak di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Nur Mastisha Maidinsha, 39, menukar pengakuan kepada bersalah atas dua pertuduhan pilihan.

Mahkamah juga memerintahkan Nur Mastisha dipenjarakan 40 hari jika gagal membayar denda berkenaan.

Suzana sekali gus berharap tertuduh insaf dan berfikir secara mendalam sebelum mengambil sebarang tindakan pada masa akan datang.

“Mahkamah menerima pengakuan bersalah. Tertuduh bersalah dan disabitkan kesalahan sebagaimana pertuduhan pilihan.

“Kes ini bukan saja bukan memberi kesan kepada tertuduh, malah termasuk anak yang masih kecil,” katanya.

Mengikut pertuduhan pilihan, Nur Mastisha didakwa menerima wang RM6,000 tanpa balasan daripada seorang lelaki, yang mana tertuduh mengetahui bahawa pengadu itu ada hubungan dengan kerja rasmi bekas anggota polis berkenaan ketika itu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan sebuah stesen minyak di Batu 9 dekat Cheras, jam 8 serta 8.05 malam pada 1 dan 12 Oktober 2022.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh didakwa mencadangkan untuk kes diselesaikan tanpa siasatan, iaitu wang dibayar sebagai balasan tidak mengambil tindakan terhadap anak lelaki terbabit atas kesalahan mencabul.


Terdahulu, Nur Mastisha yang tiada diwakili peguam, mendakwa dia tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib atau terbabit jenayah sepanjang tempoh perkhidmatannya selama 19 tahun sebagai anggota polis.

Bekas anggota polis terbabit berkata, kes dihadapinya itu adalah kali pertama yang dianggap sebagai satu ujian.

“Saya memohon jasa baik untuk dikurangkan denda kerana sudah menjimatkan masa mahkamah dan pihak pendakwaan.

“Saya juga menanggung dua anak dan perlu membayar hutang RM4,500 setiap bulan, selain bukan senang untuk mendapat pekerjaan baharu,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Atiqah Mohamad Alias, bagaimanapun berkata kesalahan rasuah ‘menconteng arang ke muka’ Polis Diraja Malaysia (PDRM), selain merosakkan reputasi dan mengurangkan kepercayaan masyarakat terhadap pasukan penguat kuasa itu.

“Apatah lagi, PDRM adalah satu badan yang dipercayai untuk menjaga keamanan negara.

“Bagi fakta kes yang diakui, tertuduh memperoleh wang untuk dirinya supaya tidak mengambil tindakan ke atas suspek jenayah seksual.

“Faktor kepentingan awam ialah antara pertimbangan utama mahkamah dalam memutuskan hukuman yang sesuai terhadap tertuduh,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori