Saturday, July 13, 2024

Creating liberating content

UMNO Pagoh Teguh Sokong...

KUALA LUMPUR - Sokongan anggota UMNO Bahagian Pagoh kepada parti dan kepimpinan masih...

Ebit Lew, Rombongan Belum...

KUALA LUMPUR - Pendakwah dan aktivis masyarakat Ebit Lew dan rombongan bantuan kemanusiannya...

Mayat Lelaki Ditemui Di...

KUALA LUMPUR - Mayat seorang lelaki ditemukan di kawasan Ladang Kelapa Sawit, Jalan...

Kerajaan Komited Pertahan Kedaulatan,...

KOTA KINABALU - Sepanjang 2017 menyaksikan komitmen tinggi kerajaan untuk memastikan kedaulatan dan...

Sultan Sharafuddin Sokong Selangor FC Tarik Diri Dari Piala Sumbangsih

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi perkenan dan menyokong sepenuhnya keputusan Selangor FC untuk tidak hadir ke perlawanan Piala Sumbangsih 2024 dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 10 Mei ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ia susulan selepas beberapa pemain bola sepak tempatan diserang oleh orang yang tidak dikenali.

Baginda turut melahirkan rasa kecewa dengan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) kerana menolak permohonan Selangor FC supaya perlawanan itu ditangguhkan.

“Selaku penaung Selangor FC, susulan berlakunya beberapa insiden mengancam nyawa yang melibatkan pemain dan pegawai baru-baru ini, adalah bertepatan untuk pasukan Selangor FC tidak menyertai perlawanan berkenaan yang juga merupakan aksi pertama Liga Super edisi 2024.

“Keutamaan ketika ini adalah nyawa serta keselamatan para pemain, dan bukannya untuk memenangi piala berkenaan,” titah baginda menerusi satu hantaran di Facebook Selangor Toyal Office.

Pada 2 Mei lalu, pemain negara Muhammad Akhyar Abdul Rashid yang kini bersama Terengganu FC diserang dan disamun oleh dua individu tidak dikenali di Kuala Terengganu.

Dia dipukul dengan objek tumpul dan mengalami kecederaan di kepala dan badan.

Pada 5 Mei lalu, pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim disimbah asid di sebuah pusat beli-belah di Lembah Klang.

Dan pada malam Selasa lalu, bekas kapten kebangsaan dan JDT, Safiq Rahim menjadi pemain negara ketiga yang diserang.


Safiq yang memandu dari Pusat Latihan JDT Sri Gelam menghala ke Pantai Lido, Johor Bahru telah didatangi sebuah motosikal yang ditunggang dua lelaki tidak dikenali dan pemboncengnya bertindak mengeluarkan tukul besi sebelum mengetuk bahagian belakang cermin keretanya.

Ketua Pegawai Eksekutif JDT, Alistair Edwards menerusi satu kenyataan menyatakan kekecewaan pasukannya dengan penarikan diri Selangor FC.

JDT berkata, ini kerana jaminan telah diberikan oleh Ketua Polis Negara dan Ketua Polis Johor bahawa keselamatan pasukan, pemain dan penyokong merupakan keutamaan dan pihak polis akan menggandakan kehadiran dengan 1,500 anggota.

Sehubungan itu, Sultan Sharafuddin bertitah selain kebimbangan keselamatan, moral pasukan Selangor turut terjejas selepas serangan terhadap Faisal.

Dengan itu, baginda menggesa semua pihak membanteras sebarang bentuk keganasan terhadap sukan.

“Semua pihak memahami bahawa tahap keseriusan insiden yang melibatkan nyawa pemain sebegini adalah tidak sama dengan kes-kes sebelum ini, apatah lagi ia berlaku sangat hampir dengan tarikh perlawanan.

“Justeru, Selangor FC sedia berdepan dengan apa jua tindakan, susulan daripada keputusan untuk tidak hadir ke perlawanan ini,” titah baginda.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori