• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seorang Bakal Jemaah Haji Malaysia Meninggal Dunia Di Makkah

oleh AK-47
26/05/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
1
Seorang Bakal Jemaah Haji Malaysia Meninggal Dunia Di Makkah
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Seorang bakal jemaah haji Malaysia, lelaki berusia 72 tahun meninggal dunia di sebuah hospital di Makkah akibat pembuluh darahnya pecah pada Jumaat lepas, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ditemui pemberita selepas majlis mengucapkan selamat jalan kepada jemaah haji Malaysia di sini hari ini, beliau berkata, Abnil Hajar Ismail dari Jitra, Kedah disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital pada jam 10.30 malam.

“Saya dimaklumkan dua hari lepas, kita terima berita dukacita kematian pertama (bakal) jemaah haji melibatkan lelaki berusia 72 tahun.

“Kematian disebabkan pembuluh darahnya pecah,” katanya.

Mohd Na’im berkata, TH akan menyediakan perkhidmatan badal haji secara percuma kepada Allahyarham Abnil Hajar dan perkara itu telah dimaklumkan kepada warisnya.

“Saya sendiri telah hubungi waris iaitu anak Allahyarham dan menaklumkan TH akan sediakan perkhidmatan badal haji untuk ayahnya,” katanya.

Badal haji ialah pelaksanaan ibadah haji untuk orang yang meninggal dalam keadaan belum haji dan ia juga dapat dilaksanakan bagi orang yang secara fisik sudah tidak mampu melaksanakannya.

Sementara itu, beliau mengingatkan bakal jemaah haji untuk memberi sepenuh perhatian terhadap ibadat haji serta mematuhi peraturan ditetapkan kerajaan Arab Saudi.

Beliau berkata operasi haji dikendalikan TH ketika ini berjalan lancar, dengan 16,000 bakal jemaah haji Malaysia sudah selamat tiba di Madinah dan Makkah sejak penerbangan pertama pada 9 Mei.

“TH sentiasa diingatkan untuk memberikan beri perkhidmtaan terbaik kepada jemaah haji.

“Saya ingin nasihat jemaah haji yang telah tiba di tanah suci dan akan berangkat supaya sentiasa perkukuh ilmu pengetahuan berkaitan ibadat haji,” katanya.

Terdapat 100 penerbangan sewa khas bagi musim haji 1445H/2024 yang telah bermula pada 9 Mei dan penerbangan akhir dijadualkan pada 9 Jun.

-Sinar Harian

Tags: Bakal Jemaah HajiMakkahmeninggal dunia
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sijil Cuti Sakit Di Hospital Tangkak Hilang

Next Post

Kes Hasutan: Mahkamah Perintah Papagomo Tidak Keluar Kenyataan

Related Posts

Tiga Individu Ditahan Di Makkah Atas Penipuan Haji

Tiga Individu Ditahan Di Makkah Atas Penipuan Haji

18/05/2025
0

MAKKAH - Peronda keselamatan di Makkah telah menahan tiga pemastautin Indonesia kerana disyaki mendalangi satu skim penipuan di media sosial...

PM ke-5 Abdullah Ahmad Badawi Meninggal Dunia

PM ke-5 Abdullah Ahmad Badawi Meninggal Dunia

14/04/2025
0

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), di sini, hari ini....

Next Post
Kes Hasutan: Mahkamah Perintah Papagomo Tidak Keluar Kenyataan

Kes Hasutan: Mahkamah Perintah Papagomo Tidak Keluar Kenyataan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd