Wednesday, June 26, 2024

Creating liberating content

‘Anak Lembu Ini Adalah...

MEDIA sosial Kemboja dikejutkan dengan dakwaan seorang wanita yang mempercayai anak lembu yang...

Semua Restoran McDonald’s Di...

SYUKUR... Rangkaian makanan segera terkemuka, McDonald’s merancang untuk menyediakan kemudahan surau di semua...

Berebut ‘Remote TV’, Adik...

SEORANG remaja berusia 16 tahun ditahan kerana menikam abangnya sehingga mati gara-gara berebut...

Mayat Lelaki Cedera Di...

KUALA TERENGGANU - Mayat lelaki dalam keadaan tertiarap dengan kesan dipukul di kepala...

Remaja Balik Kampung Hadiri Kenduri Lemas Di Sungai

BESUT : Seorang remaja lelaki lemas selepas mandi-manda di Sungai Besut di Kampung Tanjung Lali, Kampung Raja di sini petang semalam.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Deputi SuperintendenAzrol Anuar Nor berkata mayat mangsa Wan Muhamad Irfan Mohd Badrin, 18, ditemukan kira-kira jam 9 pagi tadi pada jarak 500 meter dari lokasi mangsa dikatakan lemas.

“Mangsa berasal dari Kota Bharu, Kelantan dipercayai datang ke Besut bersama datuk dan keluarganya untuk menghadiri kenduri.

“Pada petang semalam mangsa bersama ahli keluarga yang lain dibawa menaiki bot oleh datuknya untuk menyeberangi sungai.

“Mangsa kemudiannya dikatakan mandi di sungai itu, ” katanya di sini hari ini.

Katanya, mayat mangsa ditemukan lemas oleh pasukan penyelamat yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat.


Mayat mangsa dibawa ke Hospital Besut untuk tindakan lanjut.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sementara itu Komander Operasi merangkap Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Jertih, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Mohamad Jusoh berkata, pihaknya menerima 6.35 petang semalam berhubung kejadian dan jentera tiba di lokasi pada jam 6.38 petang.

“Anggota penyelamat yang terbabit dengan operasi mencari serta menyelamat terdiri daripada 23 anggota serta pegawai bomba, 9 anggota polis, dua anggota Rela serta sembilan anggota daripada Angkatan Pertahanan Awam.

“Kami berdepan sedikit kesukaran mencari mangsa petang semalam kerana cuaca semakin gelap manakala hari ini air cetek pergerakan bot sedikit terbatas,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori