• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRK KKB: Polis Buka Dua Kertas Siasatan Daripada Tujuh Laporan Diterima

oleh Mohd Arshad
05/05/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
PRK KKB: Polis Buka Dua Kertas Siasatan Daripada Tujuh Laporan Diterima
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM: Polis menahan dua individu dan membuka dua kertas siasatan daripada tujuh laporan yang diterima sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, yang bermula 27 April lalu hingga semalam.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi, berkata dua kertas siasatan itu masing-masing di bawah Seksyen 4A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia (AKM) 1998 yang melibatkan ubah suai logo UMNO iaitu lambang keris diganti roket dan meletakkan gambar Yang di-Pertuan Agong pada kenderaan.

“Dua tangkapan itu melibatkan lelaki warga tempatan kerana kes meletakkan gambar Yang di-Pertuan Agong pada kenderaan.

“Lima lagi laporan adalah melibatkan kes-kes yang tidak mempunyai unsur jenayah dan dirujuk kepada ‘report’ yang sama serta tindakan pencerahan oleh polis Hulu Selangor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sasikala Devi berkata, sepanjang tempoh itu, pihaknya telah meluluskan sebanyak 57 permit kempen dan 40 permit ceramah.

Beliau sekali lagi mengingatkan calon serta parti politik terlibat supaya berkempen secara berhemah dengan tidak menyentuh isu 3R iaitu raja, kaum dan agama.

Calon yang melanggar perkara itu, katanya boleh disiasat di bawah Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 AKM 1998.

Tempoh berkempen bagi PRK DUN KKB adalah 14 hari iaitu bermula 27 April hingga 10 Mei ini, manakala hari pengundian pada 11 Mei.

Bernama-

Tags: Kertas SiasatanlaporanpolisPRK KKB
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tutup Sekolah Jika Suhu Cuaca Lebih 37 Darjah Celsius

Next Post

Pamer Gambar Agong- Biar Polis Siasat – Amirudin

Related Posts

Dua Individu Bergelar Datuk Ditahan Kes Jemaah Haji Terkandas Di KLIA

Dua Individu Bergelar Datuk Ditahan Kes Jemaah Haji Terkandas Di KLIA

05/06/2025
0

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki dan seorang wanita bergelar Datuk ditahan bagi membantu siasatan kes jemaah haji terkandas di Lapangan...

Syabu RM13.14 Juta Dalam Kereta, Polis Tahan Duda

Syabu RM13.14 Juta Dalam Kereta, Polis Tahan Duda

02/06/2025
0

Kangar: Polis berjaya membongkar kegiatan pengedaran dadah yang menjadikan Perlis sebagai transit, selepas merampas syabu seberat 365 kilogram bernilai RM13.14...

Next Post
PRK KKB: Polis Buka Dua Kertas Siasatan Daripada Tujuh Laporan Diterima

Pamer Gambar Agong- Biar Polis Siasat - Amirudin

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd