• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Anwar Hulur Sumbangan Kepada Pelakon Nur Azifah

oleh AK-47
22/05/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
1
PM Anwar Hulur Sumbangan Kepada Pelakon Nur Azifah
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada pelakon Nur Azifah Zainon Abidin bagi membantu meringankan beban kos perubatan kanser.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menerusi hantaran di Facebook pada Rabu, Anwar memaklumkan sumbangan itu disampaikan melalui Setiausaha Politik beliau, Ahmad Farhan Fauzi ketika menziarah Nur Azifah menerusi Ziarah Madani di kediaman pelakon itu di Hulu Kelang.

“Saudari Nur Azifah telah menderita sejak tahun lepas akibat kanser payu dara. Pelakon drama Istidraj dan Seindah Tujuh Warna Pelangi ini perlu menjalani rawatan berkala bagi merawat kanser tersebut, namun kos rawatan yang ditanggung amat membebankan.

“Saya mendoakan saudari Nur Azifah dikurniakan keafiatan oleh ALLAH SWT dan beliau diberi kekuatan untuk berdepan dugaan ini,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan ibu kepada lima anak itu memerlukan bantuan kewangan sebanyak RM35,000 untuk kos rawatannya.

Antara drama dilakonkan Nur Azifah, 60, ialah Seindah Tujuh Warna Pelagi, Istidraj, Kalimah Jiwa, Dia Bidadari Syurga, Inikah Dikatakan Cinta, Syurga Noah, Ratu Lori dan Suri Cinta.

-Bernama

Tags: Nur Azifahpmsumbangan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Konflik Israel – Qatar: PM Hadiri Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam Di Doha

Konflik Israel – Qatar: PM Hadiri Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam Di Doha

13/09/2025
0

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghadiri Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam bagi membincangkan serangan Israel terhadap Qatar...

Speaker Belum Terima Usul Rujuk PM Ke Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan

Speaker Belum Terima Usul Rujuk PM Ke Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan

08/08/2025
0

CYBERJAYA: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul belum menerima sebarang usul bagi merujuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd