• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peniaga Wanita Mengaku Salah Miliki 102 Peralatan Mainan Seks

oleh Mohd Arshad
28/05/2024
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Peniaga Wanita Mengaku Salah Miliki 102 Peralatan Mainan Seks
Share on FacebookShare on Twitter

Balik Pulau : Peniaga wanita mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan memiliki 102 unit peralatan mainan seks di premis dalam kompleks beli-belah di Persiaran Bayan Indah, 6 Februari lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Tertuduh, Sarah Phoon, 29, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret, Chia Huey Ting.

Bagi kesalahan terbabit, dia didakwa mengikuti Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika disabitkan bersalah.

Pendakwaan dikendali Pegawai Pendakwa Kementerian Dalam Negeri (KDN) Mahadzir Saad manakala tertuduh diwakili Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Teh Yi Kai.

Ketika prosiding, Mahadzir menawarkan hukuman setimpal kepada tertuduh, namun Yi Kai memohon supaya Sarah Phoon dikenakan denda minimum atas alasan dia perlu menyara ibu bapa serta dua adiknya yang sedang belajar di kolej dengan pendapatan bulanan RM1,800.

Majistret kemudian menjatuhkan hukuman denda RM2,000 terhadap tertuduh dan berdepan hukuman penjara dua bulan sekiranya gagal bayar denda.

-Harian Metro

Tags: Mengaku SalahPeralatan Mainan Seks
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mengaku Salah Pecah Rumah Dan Lari Daripada Tahanan Polis

Mengaku Salah Pecah Rumah Dan Lari Daripada Tahanan Polis

04/07/2022
0

Taiping : Lelaki yang melarikan diri daripada tahanan polis, minggu lalu, dihukum penjara enam tahun oleh Mahkamah Sesyen, di sini,...

Empat Senior Mengaku Salah Cederakan Pelajar Tingkatan Satu

23/05/2022
0

SEREMBAN : Empat pelajar senior lelaki sebuah sekolah menengah di daerah ini mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Seremban di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd