Sample Page Title

SEREMBAN : Empat pelajar senior lelaki sebuah sekolah menengah di daerah ini mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Seremban di sini, hari ini atas pertuduhan mencederakan seorang pelajar tingkatan satu sekolah sama pada 13 Mei lalu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Kesemua pelajar berusia 15 dan 16 tersebut membuat pengakuan bersalah itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Norzaliza Tesmin.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Muhaimin Mohd. Azman memaklumkan hukuman ke atas kesemua tertuduh akan dijatuhkan 22 Jun ini selepas pendengaran laporan akhlak pada tarikh sama.

Mengikut pertuduhan, mereka secara bersama didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas mangsa yang berusia 13 tahun dengan cara memukulnya.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di asrama putera sebuah sekolah menengah di Seremban lebih kurang pukul 12 tengah malam, 13 Mei lalu. Sehubungan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum dengan penjara maksimum satu tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.


Terdahulu, keempat-empat pelajar berkenaan tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Seremban kira-kira pukul 9 pagi bersama ibu bapa masing-masing selain ibu bapa kepada mangsa turut hadir.

Sebutan kes diadakan secara tertutup yang mana Majistret meminta mahkamah dikosongkan dan hanya ibu bapa kepada tertuduh juvana dibenarkan berada di dalam kamar.

Sebelum ini media melaporkan, seorang pelajar tingkatan satu sebuah sekolah projek sukan itu dipukul dan disepak sehingga mengalami lebam di badan dalam kejadian pada pukul 12 tengah malam, 13 Mei lalu.

Akibat kejadian tersebut, mangsa mengalami lebam, sakit di bahagian badan, pinggul, tangan dan bahu selain disahkan mengalami retak di pergelangan tangan.

-Utusan Online

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Data Pelanggan Hotel Shangri-La Digodam

SINGAPURA: Rangkaian hotel mewah Kumpulan Shangri-La memaklumkan pangkalan data pelanggannya di lapan negara Asia...

Korea Utara Didakwa Lancar Dua Peluru Berpandu Balistik

SEOUL: Tentera Korea Selatan mendakwa Pyongyang melancarkan dua peluru berpandu balistik pada awal pagi...

Raja Permaisuri Agong Seru Kerajaan Tubuh Pusat Latihan Demensia

KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, hari ini menyeru...

KPDNHEP Bincang Isu Bekalan Telur Ayam Isnin Ini

IPOH - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengadakan Mesyuarat...

Angka Korban Letupan Bom Di Kabul Meningkat Kepada 35 Orang

KABUL: Angka kematian akibat serangan bom berani mati di sebuah pusat pendidikan di ibu...

KSM Lulus 541,315 Kuota Pengambilan Pekerja Warga Asing

PUTRAJAYA - Kementerian Sumber Manusia (KSM) meluluskan sejumlah 541,315 kuota pengambilan pekerja warga asing...

Dua Lelaki Bermotosikal Tembak Kereta Di Sitiawan

LUMUT – Dua lelaki menaiki sebuah motosikal menembak cermin belakang sebuah kereta yang diparkir...