• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pegawai Kastam Didakwa Kaut RM69,350 Untuk Lepaskan Lori Keluar Dari KLIA

oleh AK-47
15/05/2024
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Pegawai Kastam Didakwa Kaut RM69,350 Untuk Lepaskan Lori Keluar Dari KLIA
Share on FacebookShare on Twitter

Seremban : Pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dituduh di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas 43 pertuduhan menerima rasuah RM69,350 sebagai balasan tidak memeriksa lori milik sebuah syarikat di pintu keluar Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Tertuduh, Mohammad Zyed Ibrahim, 41, bagaimanapun mengaku tidak bersalah bagi semua pertuduhan selepas dibacakan di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.

Mengikut pertuduhan, tertuduh sebagai seorang Penguasa Kastam Gred WK41 yang bertugas di JKDM KLIA, secara rasuah memperoleh untuk dirinya satu suapan iaitu wang berjumlah keseluruhan RM69,350 daripada pemilik sebuah syarikat melalui pemindahan dalam talian ke akaun bank tertuduh.

Ia sebagai dorongan untuk tidak melakukan sesuatu perbuatan berhubung dengan hal ehwal prinsipal tertuduh tidak memeriksa lori-lori milik sebuah syarikat yang membawa keluar barang dari Kargo KLIA.

Perbuatan itu dilakukan daripada 16 September 2017 hingga 6 Januari 2022 di sebuah cawangan bank dekat Jalan Besar, Nilai.

Dengan itu, tertuduh telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 [Akta 694] yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) Akta yang sama.

Mana-mana orang yang melakukan kesalahan di bawah Seksyen 16, 17, 20, 21, 22 dan 23 hendaklah apabila disabitkan, boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 20 tahun.

Boleh juga didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi perkara kesalahan itu, jika suapan itu boleh dinilai atau bersifat kewangan, atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Pasukan pendakwaan yang dibarisi Timbalan Pendakwa Raya SPRM Muhammad Asraf Mohamed Tahir, Nurul Atiqah Mohamad Alias dan Mohd Afif Ali membantah sebarang jaminan diberikan kepada tertuduh.

“Jelas tindakan tertuduh menerima suapan suatu pengkhianatan kepada masyarakat dan imej negatif kepada kastam. Kesalahan rasuah juga adalah kesalahan serius selain tertuduh juga mempunyai risiko untuk melarikan diri,” katanya.

Ini kerana, katanya, tertuduh tidak pernah menghubungi atau menyerah diri kepada SPRM walaupun iklan pencariannya dibuat di media tempatan, malah mengambil masa selama 65 hari untuk mengesan tertuduh sebelum ditahan di Bintulu, Sarawak, pada 7 Mei lalu.

Peguam tertuduh, Muhamad Aizat Fakri merayu supaya anak guamnya diberikan jumlah jaminan yang berpatutan atas alasan dia adalah bapa tunggal kepada seorang anak berusia lima tahun.

Katanya, tertuduh sanggup dikenakan syarat tambahan dan memohon dikenakan jaminan RM10,000.

Mahkamah kemudiannya memutuskan untuk tidak memberikan sebarang jaminan kerana mengambil kira risiko tertuduh melarikan diri berdasarkan rekod perjalanan siasatan.

Sebutan semula pada 14 Jun ini.

-Harian Metro

Tags: KLIApegawai kastamrasuah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pegawai Imigresen Didakwa Terima Rasuah Lebih Setengah Juta, Isteri Guna Wang Haram Beli Emas

Pegawai Imigresen Didakwa Terima Rasuah Lebih Setengah Juta, Isteri Guna Wang Haram Beli Emas

19/01/2026
0

SHAH ALAM - Seorang Pegawai Imigresen Gred KP 22 hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas 53 pertuduhan...

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis sudah menahan wanita yang menimbulkan kegusaran orang ramai kerana memarahi kanak-kanak yang berada di terminal Lapangan Terbang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd