• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lima Motosikal Disita Dalam Operasi Samseng Jalanan

oleh Mohd Arshad
12/05/2024
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
1
Lima Motosikal Disita Dalam Operasi Samseng Jalanan
Share on FacebookShare on Twitter

Ampang Jaya : Polis menyita lima motosikal atas pelbagai kesalahan dalam Operasi Samseng Jalanan di sekitar Jalan Ampang dan Tasek Permai, di sini, awal pagi semalam.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, operasi itu dijalankan seorang pegawai dan 15 anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.

Katanya, operasi dijalankan bermula jam 1 hingga 3 pagi di beberapa lokasi tumpuan penunggang motosikal berkumpul iaitu di sekitar Jalan Ampang dan Tasek Permai.

“Sebanyak lima motosikal disita di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 serta Seksyen 6(4) akta sama kerana kesalahan pengubahsuaian ekzos, tiada lesen memandu sah dan lain-lain kesalahan.

“Semua motosikal yang disita itu kemudian dibawa balik ke Balai Polis Trafik Ampang untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, dalam operasi itu, pihaknya memeriksa seramai 28 individu bersama 24 motosikal.

“Sebanyak 50 saman dikeluarkan atas kesalahan lazim seperti tiada lesen memandu, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi, ubah suai ekzos dan lain-lain kesalahan.

“Pemeriksaan dan penahanan secara rambang dijalankan dengan memberi fokus kepada kenderaan yang melakukan pengubahsuian keterlaluan pada bahagian-bahagian tertentu.

“Ini terutamanya kenderaan seperti motosikal dan juga penunggangnya yang berpotensi melakukan aksi-aksi yang merbahaya,” katanya.

-Harian Metro

Tags: Operasi Samseng Jalanansita
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan khas terhadap penjaja warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa...

KDN Sita 6,622 Bahan Al-Quran Mengandungi Kesilapan

KDN Sita 6,622 Bahan Al-Quran Mengandungi Kesilapan

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Sebanyak 6,622 unit teks dan bahan al-Quran yang mengandungi kesilapan dan tidak memenuhi standard disita Kementerian Dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd