Sunday, June 16, 2024

Creating liberating content

Capaian Internet Paling Perlahan...

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa kelajuan...

50 Rumah Di Baling...

BALING - Sekurang-kurangnya 50 rumah di 13 kampung sekitar daerah di sini dinaiki...

Adam Dan Noah, Nama...

DIKENALI dengan gelaran angkasawan pertama Malaysia, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan isterinya,...

Keppel Ikut Jadual Bagi...

SINGAPURA - Keppel Shipyard Ltd, Singapura sedang mengikuti jadual bagi penyiapan kapal Pemunggahan...

Lelaki Hilang Ketika Mendaki Bukit Hill Top, 4 Hari Lalu

BATU KAWAN : Seorang lelaki dilaporkan hilang selepas berjoging dan mendaki bersendirian di Bukit Hill Top Batu Kawan, di sini, sejak empat hari lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Mangsa yang dikenali Muhammad Azfar Ismail, 29 dikatakan keluar dari rumahnya di Taman Mutiara kira-kira jam 5 petang untuk berjoging dan mendaki di bukit terbabit.

Bagaimanapun, mangsa didapati tidak pulang ke rumah dan menyebabkan ahli keluarganya bimbang dan abangnya membuat laporan kehilangan pada jam 11.59 malam, Sabtu lalu.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pulau Pinang berkata, usaha mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan selepas menerima laporan kehilangan mangsa.

Katanya, pasukan keselamatan terdiri daripada polis , Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan APM negeri dengan bantuan orang awam menjalankan SAR sejak mangsa dilaporkan hilang sehingga hari ini.


“Sehingga kini, SAR masih dijalankan, semua agensi terbabit turut menambah bilangan petugas dan penduduk kampung turut membantu mencari mangsa di kawasan bukit seluas kira-kira lima kilometer (km).

“Pencarian agak sukar berikutan mangsa dipercayai tidak membawa telefon namun usaha menjejaki mangsa giat dilakukan ” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Difahamkan, bukit itu menjadi tumpuan pendaki untuk berjoging pada sebelah petang terutama ketika hujung minggu.

-Sinar Harian

1 komen

  1. Your website loads really rapidly, giving the impression that you are a true webmaster with some sort of advanced approach. You did a great job on this topic, and the materials are great.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori