Wednesday, June 26, 2024

Creating liberating content

TIDAK RASMI: Calon MIC...

MELAKA : Calon tunggal MIC, P Shanmugam, di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek...

Kereta Api: UiTM, Rapid...

SHAH ALAM – Universiti Teknologi Mara (UiTM) hari ini memeterai kerjasama dengan Rapid...

Serik Kontroversi, Janna Nick...

PELAKON baharu Janna Nick yang sering terpalit dengan kontroversi sejak akhir-akhir ini berkata,...

Bilik Transformer Planetarium Melaka...

MELAKA - Bilik transformer yang terletak di luar Kompleks Planetarium Melaka, Ayer Keroh,...

KKM Perluas Penempatan Pegawai Perubatan Siswazah

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membuka penempatan pegawai perubatan siswazah (PPS) baru bagi lantikan siri ketiga ke beberapa lagi hospital selain daripada hospital negeri.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

KKM dalam kenyataan hari ini memaklumkan keputusan membuka penempatan PPS dibuat memandangkan peratus pengisian slot berkenaan bertambah baik.

“Tawaran penempatan ini dilaksanakan menerusi sistem e-houseman pada 13 Mei lepas yang melibatkan 792 orang calon,” menurut kenyataan itu.

Pada awal tahun ini, KKM memutuskan supaya penempatan dibuka kepada hospital negeri sahaja disebabkan pelantikan PPS didapati semakin rendah dan pengisian slot PPS di hospital negeri juga berkurangan.

Sehingga April lalu, KKM melaksanakan dua siri lantikan baru PPS melibatkan 701 orang pada siri lantikan pertama dan 803 orang pada siri lantikan kedua.

“Bagi siri lantikan seterusnya, penempatan PPS di hospital-hospital lain akan dipertimbangkan dari semasa ke semasa berdasarkan bilangan calon diterima daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam serta faktor-faktor lain yang berkaitan,” menurut kenyataan itu.


KKM memaklumkan mereka memahami cabaran dihadapi oleh petugas kesihatan di seluruh negara dalam menghadapi peningkatan bebanan kerja dan beberapa langkah akan dilaksanakan bagi mengatasi masalah berkenaan.

Pada Mei, KKM memaklumkan sejumlah 747 pegawai perubatan yang telah menamatkan latihan siswazah ditempatkan ke semua negeri bagi menampung kekurangan pegawai perubatan sedia ada.

“Tujuan latihan yang diberikan kepada PPS sewaktu penempatan adalah supaya mereka mendapat pendedahan dan latihan klinikal yang mencukupi.

“Ini penting agar mereka mampu memberi perkhidmatan yang berkualiti serta dapat mengamal dengan selamat,” katanya.

KKM juga meminta semua pengarah hospital memastikan kebajikan petugas kesihatan terpelihara walaupun tahap pengisian PPS di hospital-hospital masih dalam proses penambahbaikan.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori