• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Covid-19 Meningkat 14.8 Peratus – KKM

oleh Mohd Arshad
19/05/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
80
Kes Covid-19 Meningkat 14.8 Peratus – KKM
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Jumlah kes Covid-19 meningkat 14.8 peratus kepada 1,230 kes pada Minggu Epidemiologi ke-20 (ME 20/2024) iaitu bagi tempoh 12 Mei hingga 18 Mei 2024, menurut Kementerian Kesihatan (KKM).

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Dalam satu kenyataan pada Ahad, KKM memaklumkan tiada kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan sejak 25 April 2024 sehingga kini.

Menurut KKM, jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke fasiliti kesihatan pada ME 20/2024 berbanding ME 19/2024 iaitu pengisian katil bukan kritikal, meningkat sedikit tetapi tidak membebankan kapasiti hospital iaitu daripada 0.08 peratus kepada 0.10 peratus, manakala pengisian katil unit rawatan rapi (ICU) menurun daripada 0.17 peratus kepada 0.04 peratus.

“KKM sentiasa memantau situasi Covid-19 di Malaysia dan di peringkat global. Susulan kejadian gelombang terbaru di Singapura iaitu peningkatan dua kali ganda kes Covid-19 pada minggu bertarikh 5 Mei hingga 11 Mei 2024 berbanding minggu sebelumnya, KKM telah meningkatkan langkah kesiapsiagaan bagi menghadapi kemungkinan peningkatan kes di Malaysia,” menurut KKM.

KKM memaklumkan sehingga kini, varian yang sedang menular di Malaysia masih lagi varian Omicron dan subvariannya.

Kementerian itu memaklumkan terdapat satu kes K.P.2.1 dan satu kes KP.1.1 telah dilaporkan sejak Mac 2024, dengan kedua-dua varian itu adalah sebahagian daripada keluarga Omicron.

“Secara khususnya, mereka adalah sublineage daripada JN.1.11.1. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyenaraikan KP.2 sebagai Varian Dalam Pemantauan (VUM) pada 3 Mei 2024.

“Namun, kemasukan varian ini tidak menyebabkan jangkitan yang teruk kepada individu yang dijangkiti,” menurut KKM.

Bernama-

Tags: kes COVID-19KKMpeningkatan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jangkitan Hantavirus: KKM Minta Rakyat Tidak Panik, Berwaspada

Jangkitan Hantavirus: KKM Minta Rakyat Tidak Panik, Berwaspada

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia diminta tidak panik dengan laporan berita di peringkat global mengenai penularan hantavirus yang boleh membawa...

“Kalau Boleh Jangan Ada Pemotongan (Bajet)” – Menteri KKM

“Kalau Boleh Jangan Ada Pemotongan (Bajet)” – Menteri KKM

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memohon Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menilai semula cadangan pelarasan dan pemotongan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd