Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

Statut Rom: Pembangkang Usul...

KUALA LUMPUR – Kenyataan Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkenaan isu Statut Rom...

Perlu Selalu Turun Padang...

BESUT - Kesemua wakil rakyat dan ketua jabatan kerajaan di Terengganu perlu memperhebat...

Balu Mejar Zahir Enggan...

SHAH ALAM - Balu kepada Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya membuat pendirian tidak...

Bersih 4 Jangan Ikut...

KUALA LUMPUR - Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin mengingatkan peserta...

Jenazah Sarjan Faridah Akan Dikebumi Berhampiran Pusara Adiknya

Pendang : “Jenazah Faridah akan dikebumikan berhampiran kubur adiknya yang meninggal dunia pada 2013, saya dimaklumkan jenazah akan tiba paling awal esok,” kata Salmah Hassan, 57.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Salmah adalah ibu kepada anggota Batalion Malaysia 850-11 (MALBATT 850-11), Sarjan Faridah Abd Rahman, 39, yang meninggal dunia ketika menyertai misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL) di Lubnan, Sabtu lalu.

Menurutnya, Faridah adalah anak yang baik dan bertanggungjawab termasuk sangat komited dengan kerjanya sebagai anggota Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat).

“Adik Faridah, Muhammad Farihan meninggal dunia pada 2013 akibat penyakit asma.

“Sekarang kakak sulungnya pula pergi mengadap Ilahi, saya reda serta halalkan segalanya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sungai Mati di sini.


Allahyarhamah Faridah yang bertugas sebagai Penyelia Kanan Hal Ehwal Islam MALBATT 850-11 disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan selepas rebah ketika turun dari bas di Kem Marakah, Lubnan selepas pulang bercuti selama sebulan di Malaysia.

Allahyarhamah disahkan meninggal dunia pada 2.25 pagi waktu Lubnan, Sabtu (7.25 pagi waktu Malaysia).

Faridah meninggalkan empat anak iaitu Nurul Syifa, 13; Muhammad Afnan, 10; Nurul Jannah, 7, dan Ainul Mardiah, 4.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori