• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hukum Renjis Air Ruqyah Pada Kenderaan Diharuskan Syarak – Mufti Wilayah Persekutuan

oleh Mohd Arshad
01/05/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Hukum Renjis Air Ruqyah Pada Kenderaan Diharuskan Syarak – Mufti Wilayah Persekutuan
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Hukum merenjis atau membilas kenderaan dengan air dibaca ruqyah mengandungi ayat al-Quran dan zikir adalah dibenarkan dan diharuskan dalam syarak, jelas Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Penjelasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan itu susulan polemik di media sosial mengenai video tular seorang ulama dari Pattani, Thailand merenjis air ke kereta hingga ada warganet menganggapnya khurafat dan tidak dilakukan Nabi Muhammad SAW serta sahabat.

“Setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya daripada sebarang perkara yang tidak diingini seperti kecurian, kemalangan dan penyakit Ain.

“Berkaitan penyakit al-Ain, Nabi SAW pernah menyebut bahawa penyakit ini sesuatu yang benar dan apabila seseorang diminta untuk mandi bagi menyembuhkan penyakit itu, maka hendaklah dia mandi,” katanya dalam satu petikan.

Nabi SAW bersabda: “Penyakit al-Ain itu benar. Jika ada sesuatu yang menjangkaui qadar makan ‘ain yang dapat menjangkauinya. Jika diminta kepada kamu untuk mandi (sebagai penyembuhan), maka hendaklah kamu mandi.” (HR Muslim).

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan bahawa sebahagian ulama menyebutkan penyakit Ain juga menimpa kepada haiwan dan benda-benda tidak bernyawa seperti pokok, batu, kereta dan seumpamanya.

“Terdapat pelbagai cara untuk melindungi diri daripada penyakit Ain seperti membaca ruqyah dan doa,” katanya.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengatakan bahawa memandikan atau membilas dengan air adalah satu ikhtiar lain untuk melindungi diri daripada penyakit Ain.

“Ia berdasarkan sabda Nabi SAW ‘jika diminta kepada kamu untuk mandi (bagi penyembuhan), maka hendaklah kamu mandi’.

“Hal ini juga diharuskan dengan cara merenjis-renjis air kepada perkara tidak bernyawa seperti rumah dan sebagainya,” katanya.

Merujuk kepada petikan daripada kitab Mausu’ah Syar’iyyah fi Ilm al-Ruqa, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengatakan perbuatan membaca ayat al-Quran, zikir dan ta’awwudz kemudian merenjis pada sesuatu tempat atau barang adalah dibenarkan oleh syarak dan bukan khurafat.

“Selain itu juga, sesuatu perkara yang tidak dilakukan Nabi SAW dan sahabat tidak semestinya perkara itu diharamkan oleh syarak.

“Terdapat banyak perkara yang harus dilakukan sekalipun Nabi SAW dan sahabat tidak melakukannya,” katanya.

Menurutnya, perbahasan ini disebut sebagai al-tark iaitu sesuatu yang ditinggalkan oleh Nabi SAW sama ada dengan tujuan tertentu atau tidak.

“Sesetengah golongan sengaja menimbulkan kekeliruan dengan menjadikannya hujah jika sesuatu itu baik sudah tentu Nabi SAW dan sahabat terlebih dulu akan melakukannya sedangkan perkara itu tidak benar.

“Berkaitan hal ini, Syeikh Abdullah Siddiq al-Ghumari menyebutkan dalam kitabnya Husn al-Tafahhum wa al-Dark li Mas’alat al-Tark,” katanya.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan berkata, banyak perkara yang ditinggalkan Rasulullah SAW dan tidak menjadi haram atas pelbagai sebab seperti hukum memakan dhab.

“Nabi SAW pernah meninggal perbuatan memakan dhab walaupun dipelawa sahabat kerana ia bukan adat Baginda SAW.

“Walau bagaimanapun, Baginda SAW tidak mengharamkan sahabat daripada memakannya,” katanya.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menegaskan bahawa perbuatan merenjis atau membilas kenderaan yang dibaca zikir dan doa ruqyah bukan satu perkara khurafat.

“Ia adalah satu cara yang dibenarkan oleh syarak kerana tiada dalil melarangnya.

“Tindakan itu harus untuk dilakukan dengan tujuan menjaga sesuatu barang atau kenderaan daripada penyakit Ain dan musibah seumpamanya,” katanya.

-Harian Metro

Tags: Air RuqyahMufti Wilayah Persekutuan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Perincian Kenaikan Gaji Penjawat Awam Diumum Pada Belanjawan 2025 Oktober Ini

Next Post

Sanggup Langgar Polis Kerana Cukai Jalan Tamat Tempoh

Related Posts

Isu Kafir: Menteri Agama Nasihat Ikut Pandangan Mufti Wilayah Persekutuan

Isu Kafir: Menteri Agama Nasihat Ikut Pandangan Mufti Wilayah Persekutuan

02/04/2024
0

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar meminta semua pihak tidak...

Petisyen Cadang Habib Ali Zainal Abidin Dilantik Mufti WP

16/04/2020
0

SHAH ALAM - Satu petisyen dalam talian dilancarkan bagi mencadangkan pendakwah bebas, Habib Ali Zainal Abidin Al Hamid dilantik sebagai...

Next Post
Sanggup Langgar Polis Kerana Cukai Jalan Tamat Tempoh

Sanggup Langgar Polis Kerana Cukai Jalan Tamat Tempoh

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd