• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Kafir: Menteri Agama Nasihat Ikut Pandangan Mufti Wilayah Persekutuan

oleh AK-47
02/04/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Isu Kafir: Menteri Agama Nasihat Ikut Pandangan Mufti Wilayah Persekutuan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar meminta semua pihak tidak memanjangkan polemik perkataan kafir.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menurutnya, pendekatan harmoni merupakan langkah terbaik yang perlu diambil sebagaimana disarankan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah.

“Pada saya Sahibus Samahah Datuk Dr Luqman Abdullah (Mufti Wilayah Persekutuan) mengeluarkan pandangan yang agak harmoni.

“Jadi, kita perlu kekal kepada pandangan Mufti Wilayah untuk mengharmonikan keadaan semasa,” katanya ketika pada sidang akhbar pengumuman agihan keuntungan TH di sini, pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu kafir susulan terdapat pandangan berbeza dalam kalangan mufti mengenai perkara tersebut.

Isu tersebut timbul selepas tular video ucapan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang dikatakan mengharamkan penggunaan istilah kafir di rumah dan dalam kalangan anak-anaknya.

Fadhlina bagaimanapun dilaporkan berkata, video tular di media sosial berkaitan isu kafir itu telah diambil di luar konteks dengan cubaan jahat mahu mencalarkan imej serta kredibiliti beliau.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Nibong Tebal tersebut turut menyifatkan penularan video berkenaan berniat mencetuskan kekecohan dalam isu berkaitan 3R (agama, bangsa dan institusi raja) dan pihaknya telah membuat laporan polis.

-Sinar Harian

Tags: Isu KafirMufti Wilayah Persekutuan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan Saran Joe Branko Hasilkan Lagu Ketuhanan

Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan Saran Joe Branko Hasilkan Lagu Ketuhanan

06/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan menerima kunjungan hormat legenda rock tanah air, Joe Branko dan Eddie hari ini....

Malaysia Adalah Negara Islam Secara Fikhi, Geografi, Sejarah Dan Realiti – Mufti Wilayah

Malaysia Adalah Negara Islam Secara Fikhi, Geografi, Sejarah Dan Realiti – Mufti Wilayah

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Mufti Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Fadzil mengingatkan semua pihak bahawa Malaysia adalah negara Islam. Beliau menerusi satu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd