Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

Pemandu GrabCar Tendang Pelanggan...

JIKA baru-baru ini tular di media sosial mengenai seorang pemandu perkhidmatan GrabCar yang...

Instafamous Israel ‘Koyak’ Berdepan...

SHAH ALAM - Siaran langsung antara penyanyi rap, Caprice bersama instafamous dari Israel,...

36,304 Dapat Semua A...

KUALA LUMPUR - Pencapaian keseluruhan calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 menurun...

Kim Jong-un Sah Jumpa...

BEIJING - Ketua Korea Utara, Kim Jong-un melakukan lawatan luar negara kali pertama...

Doktor Anggap Faisal ‘Istimewa’, Kecederaan Cepat Pulih

SHAH ALAM : Pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim perlu melalui prosedur rawatan termasuk pembedahan yang seterusnya dalam usaha untuk merawat luka melecur yang dialaminya.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Penyerang berusia 26 tahun itu bagaimanapun dianggap sebagai ‘istimewa’ oleh doktor pakar yang merawatnya selepas kecederaan yang dialami itu menunjukkan pemulihan yang cepat.

Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC (SFC), Datuk Seri Shahril Mokhtar tidak menolak kemungkinan tonggak utama Gergasi Merah itu akan pulang ke rumahnya pertengahan bulan depan.

Beliau berkata, proses pemulihan pemain berusia 26 tahun itu berjalan lancar, namun perlu menunggu sekurang-kurangnya tiga hari lagi untuk menjalani prosedur pembedahan seterusnya bagi merawat luka melecur di beberapa anggota badan.

“Doktor memaklumkan, sekarang ini biarlah badan Faisal membuat kerjanya sebelum menunggu masa sesuai untuk menjalani pembedahan seterusnya kerana paling penting adalah mahu memastikan tiada sebarang komplikasi.

“Doktor pakar yang merawatnya menganggap Faisal seorang yang istimewa kerana proses pemulihan dia sangat cepat.


“Namun, cepat atau tidak, dia tetap kena ambil masa seminggu lagi untuk berada di ICU (Unit Rawatan Rapi) sebelum dapat kebenaran doktor untuk pindah ke wad lain,” katanya.

Terdahulu, Faisal atau lebih mesra dipanggil Mickey selesai menjalani pembedahan ketiga membabitkan prosedur ‘skin allograft’ yang berlangsung selama kira-kira tiga jam.

Faisal dilaporkan melecur tahap empat di beberapa bahagian termasuk tangan, belakang badan dan muka selepas menjadi mangsa simbah asid sulfurik di sebuah pusat beli belah di Kota Damansara, Ahad lalu.

Sementara itu, Shahril yang juga Pengerusi Jawatankuasa Teknikal SFC memaklumkan ketika ini Faisal tidak boleh dilawati individu lain kerana mahu memastikan prosedur ‘skin allograft’ berjalan lancar tanpa sebarang jangkitan kuman.

-Berita Harian

1 komen

  1. obviously like your website but you need to test the spelling on quite a few of your posts Several of them are rife with spelling problems and I to find it very troublesome to inform the reality on the other hand Ill certainly come back again

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori