• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Kakitangan Kesatuan Ragbi Malaysia Didakwa Seleweng Cek Lebih RM2 Juta

oleh Mohd Arshad
27/05/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
7 Kenderaan Rosak Dihempap Pokok Tumbang Di Kinrara
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Seorang bekas kakitangan Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas 58 tuduhan menggunakan cek palsu berjumlah lebih RM2 juta milik kesatuan itu, dua tahun lepas.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Tertuduh, Murni Azlina Yurdeksi, 38, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Wanita itu didakwa menggunakan 58 keping cek RHB Bank Berhad berjumlah lebih RM2 juta milik KRM, yang mana beliau mengetahui tandatangan pada cek berkenaan adalah palsu, yang dilakukan di bank RHB di Wholesale City, Dang Wangi di sini, antara 5 Januari hingga 19 Oktober 2022.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 468 kanun sama, yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Amir Haniff Ahijman dan Raihana Abdul Razak, menawarkan jaminan sebanyak RM350,000 bagi semua pertuduhan serta syarat tambahan tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Peguam M Vijay Kumar yang mewakili tertuduh, memohon jaminan yang ditawarkan pendakwaan dikurangkan kerana anak guamnya mempunyai empat orang anak dan mengalami penyakit tiroid.

Hakim Azrul Darus membenarkan tertuduh diikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan serta syarat tambahan seperti dipohon pihak pendakwaan dan menetapkan 1 Julai ini untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.

Bernama-

Tags: bekas kakitanganKesatuan Ragbi Malaysiaseleweng cek
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

7 Kenderaan Rosak Dihempap Pokok Tumbang Di Kinrara

Next Post

Insiden SIA: 8 Daripada 16 Rakyat Malaysia Sudah Pulang Ke Tanah Air

Related Posts

Bekas Kakitangan JAIM Didenda RM50,000 Tipu Guru

Bekas Kakitangan JAIM Didenda RM50,000 Tipu Guru

25/07/2024
2

MELAKA – Bekas penolong pegawai tadbir Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) didenda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, pada Khamis,...

MRU Terima Tajaan Bernilai RM4j Daripada UEM Group

23/02/2018
0

KUALA LUMPUR - Konglomerat infrastruktur dan perkhidmatan berasaskan kejuruteraan terkemuka Malaysia, UEM Group Berhad hari ini mengumumkan kerjasama dengan Kesatuan...

Next Post
Bekas Kakitangan Kesatuan Ragbi Malaysia Didakwa Seleweng Cek Lebih RM2 Juta

Insiden SIA: 8 Daripada 16 Rakyat Malaysia Sudah Pulang Ke Tanah Air

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd