Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Undi Calon Muslim, Semua...

"KITA kena letak tanggungjawab pilih orang yang beriman dan budiman, pada kita calon...

Eksploitasi Jual Kerepek, Keropok:...

Seremban: Polis menyelamatkan 12 individu yang dieksploitasi untuk menjual kerepek, keropok dan pelbagai...

Najib Tak Sekat Teguran...

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa menegaskan beliau dan...

Adakah Berkongsi Ketuhanan Kristian...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) mempersoalkan adakah perbuatan Yang Dipertua Dewan...

MRU Terima Tajaan Bernilai RM4j Daripada UEM Group

KUALA LUMPUR – Konglomerat infrastruktur dan perkhidmatan berasaskan kejuruteraan terkemuka Malaysia, UEM Group Berhad hari ini mengumumkan kerjasama dengan Kesatuan Ragbi Malaysia (MRU) menerusi kontrak bernilai RM4 juta selama dua tahun sehingga 2019.

Kerjasama itu dicerminkan menerusi pelancaran jersi terbaharu MRU yang disaksikan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, Pengarah Urusan UEM Group Datuk Izzaddin Idris dan Presiden MRU Datuk Shahrul Zaman Yahya.

Mengulas mengenai kerjasama itu, Izzaddin berharap ia mampu melonjakkan lagi semangat skuad ragbi kebangsaan dalam membuat persediaan menghadapi Liga Premier Kejohanan Ragbi Asia (ARC) 2018 bermula April ini dalam usaha melayakkan diri ke Piala Dunia 2019 di Tokyo, Jepun.

“Kami sesungguhnya berbangga dan teruja untuk bekerjasama dengan MRU dan berharap tajaan ini akan membuka jalan buat pasukan negara menerima sokongan terbaik bagi terus memacu kejayaan di pentas dunia seterusnya mengharumkan nama Malaysia,” katanya pada sidang media selepas majlis berkenaan di sini.

Sementara itu, Shahrul Zaman berkata tajaan bernilai RM4 juta itu merupakan tajaan terbesar yang pernah diterima MRU dan berharap ia menjadi satu permulaan positif buat arena sukan rabgi tempatan.

“Sokongan UEM Group ini mampu mengukuhkan keupayaan dan membuka lebih banyak peluang untuk para pemain kami. Ia satu permulaan yang baik dan kami teruja untuk terus bekerjasama dengan UEM Group sebagai platform untuk kami mempromosikan sukan ragbi pada tahun-tahun seterusnya,” kata beliau.


Untuk rekod, MRU melakar beberapa pencapaian membanggakan dalam tahun-tahun kebelakangan ini menerusi skuad 15 sepasukan lelaki serta skuad tujuh sepasukan lelaki dan wanita negara.

Antara kejayaan yang dilakar skuad 15 sepasukan lelaki yang dibimbing ketua jurulatih Lee Nyuk Fah ialah menjuarai ARC Divisyen Satu pada 2016 dan 2017 sementara skuad tujuh sepasukan lelaki dan wanita berjaya menghadiahkan pingat emas dan gangsa masing-masing pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 Ogos tahun lalu.

Rekod cemerlang itu turut melonjakkan skuad 15 sepasukan negara ke tangga ke-47 dalam ranking dunia berbanding ke-62 pada awal 2016. – BERNAMA

Kategori