• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

226 Pati Filipina Diusir Pulang Ke Negara Asal

oleh Mohd Arshad
09/05/2024
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
226 Pati Filipina Diusir Pulang Ke Negara Asal
Share on FacebookShare on Twitter

Kota Kinabalu : Seramai 226 pendatang asing tanpa izin (Pati) warga Filipina dipindahkan dari Pelabuhan Sandakan untuk pulang ke negara asal, semalam.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Mereka adalah tahanan di Depot Imigresen Sandakan yang dipindahkan menggunakan pengangkutan laut ke Pelabuhan Zamboanga City, Filipina.

Pengarah Jabatan Imigresen Sabah, Datuk SH Sitti Saleha Habib Yusoff berkata, pemindahan itu membabitkan seramai 153 lelaki dan 56 wanita.

Selain itu katanya, JIM turut menghantar pulang 17 kanak-kanak lelaki dan perempuan berusia 12 tahun ke bawah.

“Ini adalah program pemindahan siri tujuh untuk kategori usir melalui laut bagi tahun 2024 ke negara asal masing-masing menggunakan pengangkutan Vessel MV Antonia 1.

“Semua PATI berusia lingkungan dua hingga 73 tahun ini melakukan pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan–Peraturan Imigresen 1963,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

SH Sitti Saleha berkata, hukuman yang dikenakan adalah berdasarkan Akta Imigresen dan proses perundangan sehingga tindakan pemindahan keluar dari negara.

Sehubungan itu, SH Sitti Saleha berkata, Jabatan Imigresen Sabah akan terus komited melakukan operasi penguatkuasaan dari semasa ke semasa.

Katanya, tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang tidak mematuhi peraturan dan undang-undang negara.

“Pemindahan Pati akan dilakukan setelah melalui semua tindakan penguatkuasaan dan proses undang-undang negara serta mendapat pengesahan daripada kedutaan negara masing-masing.

“Operasi Pemindahan ini adalah adalah sebahagian daripada operasi berterusan yang dilakukan oleh JIM Sabah bagi tahanan warga asing yang ditempatkan di semua Depot Imigresen di seluruh Negeri Sabah,” katanya.

-Harian Metro

Tags: Pati FilipinaUsir
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Keputusan SPM Bakal Diumumkan Pada 27 Mei

Next Post

Kilang Kereta Perisai Bakal Dibangun Di Lipis

Related Posts

Penduduk Kg Labuan Diusir, Berlindung Di Pondok Buruk

Penduduk Kg Labuan Diusir, Berlindung Di Pondok Buruk

24/03/2024
0

Penduduk kampung di Kampung Gersik, Labuan yang akhirnya diusir awal bulan ini, masih tidak pasti dengan nasib menimpa mereka dan...

Next Post
Kilang Kereta Perisai Bakal Dibangun Di Lipis

Kilang Kereta Perisai Bakal Dibangun Di Lipis

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd