Friday, January 17, 2025

Creating liberating content

2 Wakil Malaysia Layak...

BANGI - Dua wakil Malaysia dalam Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana...

VIDEO: Kelakar.. Bila Industri...

KELAKAR.. industri fesyen sekali lagi diangkat ke 'fasa baru' oleh seorang individu yang...

Rogol Gadis 19 Tahun:...

KUCHING - Polis menahan empat lelaki selepas menerima laporan mengenai seorang gadis berumur...

Buntat Minat Berlakon, Sedia...

SELEPAS melakonkan watak Buntat dalam drama bersiri 7 Hari Mencintaku, Muhammad Ariff Abdullah,...

Taiwan Bincang Dana Ketenteraan Baharu Dengan AS

TAIPEI: Tentera Taiwan berkata pihaknya akan berbincang dengan Amerika Syarikat (AS) mengenai cara menggunakan dana untuk negara itu susulan pesawat pejuang China kembali menceroboh ruang udaranya.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pakej bantuan yang dimaksudkan itu merangkumi dana bantuan pertahanan kepada Taiwan, Ukraine dan Israel, dengan jumlah keseluruhan AS$95 bilion (RM454 bilion).

AS adalah penyokong antarabangsa dan pembekal senjata terpenting Taiwan walaupun mereka tiada hubungan diplomatik rasmi.

Taiwan, yang ditadbir secara demokratik, berdepan peningkatan tekanan tentera dari China, yang melihat pulau berkenaan itu sebagai wilayahnya sendiri, namun kerajaan Taiwan menafikan dakwaan terbabit.

Kementerian Pertahanan Taiwan menyatakan terima kasih kepada Dewan Perwakilan AS kerana meluluskan pakej perundangan berkenaan semalam dengan menyatakan perkara berkenaan sebagai satu sokongan kukuh AS kepada Taiwan.

Kementerian berkenaan menyatakan pihaknya akan menyelaraskan penggunaan bajet yang berkaitan dengan AS melalui mekanisme pertukaran sedia ada dan bekerja keras bagi mengukuhkan keupayaan memerangi ancamanan dan memastikan keselamatan, keamanan serta kestabilan negara di Selat Taiwan.

Sejak 2022, Taiwan sering melaporkan pihaknya lambat menerima penghantaran senjata dari AS seperti peluru berpandu antipesawat Stinger disebabkan negara pengeluar lebih menumpukan pembekalan senjata kepada Ukraine untuk membantu negara itu memerangi pencerobohan tentera Russia.

Menggariskan tekanan yang dihadapi Taiwan daripada China, Kementerian Pertahanan Taiwan mendakwa sepanjang 24 jam sebelumnya, 14 pesawat tentera China telah melintasi garis tengah sensitif di Selat Taiwan.


Garis median itu berfungsi sebagai sempadan tidak rasmi antara kedua-dua pihak, yang tidak dilalui oleh tentera kedua-dua negara.

Bagaimanapun, tentera udara China kini kerap menghantar pesawat pejuangnya ke kawasan ruang udara Taiwan.

China bagaimanapun mendakwa mereka tidak mengiktiraf kewujudan kawasan garis median terbabit.

Beberapa pesawat penjuang China semalam menghampiri 40 batu nautika atau 70 kilometer (km) dari bahagian utara dan selatan Taiwan.

Berdasarkan peta yang disediakan Kementerian Pertahanan Taiwan, perkara itu bagaimanapun masih berada di luar zon berdampingan iaitu 24 batu nautika dari pantai Taiwan.

Ruang wilayah Taiwan ditakrifkan pada 12 batu nautika dari kawasan pantai. Taiwan juga sebelum ini melaporkan pesawat tentera China semakin hampir tetapi tidak memasuki zon berdampingan.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori