Thursday, June 20, 2024

Creating liberating content

Penjawat Awam Perlu Runding...

PUTRAJAYA - Penjawat awam perlu berunding kaedah penyelesaian pembayaran pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan...

SPR Pahang Lupus Kertas...

KUANTAN - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pahang hari ini melupuskan kesemua kertas undi...

21 Maut Lombong Arang...

TEHRAN - Sekurang-kurangnya 21 pelombong terbunuh manakala puluhan lagi cedera apabila lombong arang...

VIDEO : Banjir Kota...

Seorang blogger video di Youtube, Nasrullah Napi telah menghasilkan satu klip video berkaitan...

SMKKJ Jadi Kolej Tingkatan 6 Dipersetujui Tiga Tahun Lalu

SUNGAI PETANI – Keputusan menjadikan Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari (SMKKJ) sebagai kolej tingkatan enam telah dimuktamatkan pada tahun 2021, jelas Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Mohammed Taufiq Johari.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menurutnya, perbincangan berhubung perkara itu sudahpun diadakan dan keputusan berkenaan dikatakan telah dipersetujui bersama.

“Perbincangan sudah berlaku dan keputusan telah dibuat pada 2021, saya difahamkan keputusan ini adalah keputusan bersama antara Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah (JPN), ketika itu tiada bantahan,” jelas beliau.

Muhammed Taufiq ditemui ketika menganjurkan Jamuan Rumah Terbuka Aidilfitri peringkat Parlimen Sungai Petani pada Ahad.

Dalam masa sama, beliau bersikap terbuka sekiranya terdapat petisyen sebagai tanda bantahan terhadap cadangan berkenaan.

“Kalau ada ingin buat petisyen dan sebagainya, kita terbuka tetapi apa yang penting untuk kita adakan perbincangan, lihat semula minit mesyuarat yang telah dipersetujui sebelum ini dan cuba sebaik mungkin mencapai kesepakatan agar beri kebaikan kepada semua.

“Saya serah pada PPD dan JPN untuk tangani isu ini… saya tak mahu komen atas kapasiti peribadi tetapi keputusan yang diambil harus adil dan saksama kepada semua, sebab itu sebelum adakan perbincangan, saya tak minat untuk komen apa-apa tentang perkara dan isu ini,” jelasnya.”

Atas faktor itu, beliau mengakui akan turun padang bertemu dengan pihak sekolah, PPD dan JPN untuk mengetahui isu sebenar yang berlaku.

“Saya difahamkan begitu (dah dipersetujui) namun saya mengambil sikap untuk bertanya terlebih dahulu dengan pihak tertentu dan terbuka kepada sebarang perbincangan baik daripada guru atau ibu bapa sendiri.


“Saya harap semua pihak terima apa juga keputusan, yang penting mestilah keputusan itu diambil secara holistik dengan erti kata lain berikan kebaikan kepada guru dan pelajar, sebab setiap keputusan yang dibuat ia mengambil kira pelbagai aspek.

“Mungkin sekolah ada pandangan lain, ibu bapa pandangan lain, pelajar sendiri pandangan lain sebab itu perbincangan perlu berlaku dengan segera insya-ALLAH (saya) akan jumpa pihak berkaitan,” katanya.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai keputusan menjadikan SMKKJ sebagai kolej tingkatan enam sepenuhnya tidak dipersetujui ramai berdasarkan beberapa alasan yang dikemukakan.

Antaranya mempunyai sejarah tersendiri termasuk dakwaan mengatakan ia merupakan sekolah aliran Melayu terawal di Kedah, mempunyai kemudahan bersukan dan melahirkan atlet sehingga ke peringkat antarabangsa selain kewujudan kelas aliran agama di sekolah berkenaan.

Dalam masa sama, kewujudan SMKKJ telah memberi kemudahan kepada ibu bapa yang tinggal berhampiran, fasiliti asrama pelajar lelaki dan wanita dan sekolah yang luas menyediakan tempat kepada kira-kira 1,500 orang.

Malah, sehingga kini diketahui, tiada lagi pengambilan tingkatan satu dibuat kerana memberi laluan kepada kolej tingkatan enam yang akan beroperasi sepenuhnya.

Keadaan itu menyebabkan ibu bapa yang tinggal berdekatan pusat bandar Sungai Petani terpaksa mendaftar anak mereka ke sekolah lain bagi mengikuti pembelajaran sekolah menengah yang berkemungkinan jaraknya lebih jauh.

SinarHarian-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori