Sunday, June 16, 2024

Creating liberating content

Wanita Tunjuk Seluar Dalam...

China - Memalukan.Seorang sami yang terkenal di China dan mempunyai berjuta-juta pengikut di...

Najib Kesal PH ‘Gadai’...

SEDIH... Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sekali lagi didapati bertindak bodoh 'gadai' aset strategik...

Pembinaan Balai Gambang Kekal...

PASIR SALAK - Pembinaan Balai Gambang, sejenis rakit besar atau bot berhias, bersempena...

Elfira Bengang, Mulut Jahat...

PENAT dengan tuduhan melampau kononnya sudah mempunyai pengganti selepas putus tunang dengan Sufian...

Siasatan Kes Kapal Selam Scorpene Masih Berjalan – SPRM

GUA MUSANG: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan siasatan kes membabitkan pembelian kapal selam Scorpene pada 2002 masih berjalan sehingga kini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya masih berhubung dengan pihak di luar negara bagi mendapatkan maklumat.

“Kes (siasatan Scorpene) masih berjalan yang mana kita sebenarnya masih berhubung dengan pihak-pihak luar negara bagi mendapatkan maklumat keterangan tentang beberapa transaksi.

“Alhamdulillah (maklum balas) positif dari luar negara yang memberi maklum balas yang kita minta dan kehendaki.


“Jadi saya akan maklumkan kemudian apabila sampai masanya sekiranya ada dapat petanda yang baik, tapi kes ini masih lagi dalam siasatan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pejabat SPRM Cawangan Gua Musang di Ibu Pejabat Kesedar, di sini, hari ini.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori