• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rumah Timbalan Menteri Sarawak Musnah Terbakar

oleh Mohd Arshad
15/04/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Pemandu Lori Mengaku Tidak Bersalah Cubaan Bunuh Polis, Pandu Berbahaya
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING: Kediaman Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala di Kampung Pa’ Umor, Bario, musnah dalam kebakaran, semalam.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Datuk Khirudin Drahman, berkata kejadian itu berlaku pada jam 1.10 pagi dan pihaknya menerima panggilan pada jam 1.40 pagi.

Beliau berkata, lokasi kejadian itu terlalu jauh di kawasan tanah tinggi di utara Sarawak yang berdekatan sempadan Malaysia-Indonesia iaitu 460 kilometer dari Marudi.

“Jarak dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi ke lokasi mengambil masa 20 jam laluan darat dan menggunakan jalan balak untuk sampai ke lokasi kejadian, namun masa perjalanan itu juga bergantung dengan keadaan cuaca.

“Justeru, tindakan awal oleh penduduk kampung, polis dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) serta dibantu oleh 21 anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) berusaha untuk mengawal dan memadam kebakaran, namun kediaman itu terbakar sepenuhnya dan tiada yang dapat diselamatkan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Khirudin berkata, enam penghuni rumah itu termasuk Gerawat berjaya menyelamatkan diri tanpa sebarang kecederaan.

Menurutnya, berikutan lokasi kejadian terlalu jauh, pasukan penyiasat kebakaran menggunakan helikopter Mi-171 milik JBPM untuk membuat pemeriksaan serta mengenal pasti punca kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati rumah persendirian struktur tidak kekal dengan panjang 25 meter dan lebar 40 meter musnah sepenuhnya,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Sel Operasi Media, Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat (MK PMTTD) berkata, 20 anggota Batalion Keenam, Rejimen Sempadan (RS) yang sedang melaksanakan Ops Jagakawan di Bario diatur gerak bagi membantu memadam kebakaran rumah itu.

Menurutnya, bantuan itu dihulurkan sejurus pihaknya menerima panggilan daripada ketua kampung pada jam 2 pagi.

“Sejurus menerima panggilan itu, seorang pegawai bersama 20 anggota lain-lain pangkat (LLP) diaturgerakkan ke tempat kejadian yang terletak 10 kilometer dari Pos Bario.

“Pada jam 5.30 pagi, anggota TDM bersana Pasukan Bomba Sukarela Bario dan penduduk setempat berjaya memadamkan kebakaran itu,” katanya.

BHonline-

Tags: RumahTerbakarTimbalan Menteri Sarawak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pemandu Lori Mengaku Tidak Bersalah Cubaan Bunuh Polis, Pandu Berbahaya

Next Post

TERKINI: Pengawal Peribadi Masih Alami Pendarahan Usus, Perlu Jalani Pembedahan Susulan – Isteri

Related Posts

5 Minit Angin Ribut Berpusar Rosakkan 23 Rumah Di Pelangai

5 Minit Angin Ribut Berpusar Rosakkan 23 Rumah Di Pelangai

26/10/2024
0

BENTONG : Sekurang-kurangnya 23 rumah di tiga kampung tradisional di kawasan Pelangai, di sini rosak akibat ribut yang menerbangkan atap...

Mydin Di Manjoi Terbakar, Ditutup Sementara Bermula Hari Ini

Mydin Di Manjoi Terbakar, Ditutup Sementara Bermula Hari Ini

11/03/2024
0

Pasar raya besar Mydin di Manjoi yang terbakar semalam ditutup sementara bermula hari ini sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak,...

Next Post
Rumah Timbalan Menteri Sarawak Musnah Terbakar

TERKINI: Pengawal Peribadi Masih Alami Pendarahan Usus, Perlu Jalani Pembedahan Susulan - Isteri

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd