• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Kelantan Rampas Rokok Seludup Bernilai Lebih RM4 Juta

oleh Mohd Arshad
07/04/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kerana RM3, Asyraf Terpaksa Beraya Dalam Penjara
Share on FacebookShare on Twitter

Kota Bharu: Polis Kelantan merampas 27,350 karton rokok seludup bernilai lebih RM4.1 juta yang dimuatkan dalam treler di Jalan Sultan Ismail, Kampung Langgar di sini, jam 4 pagi semalam.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, Pasukan Polis Marin WilayahTiga, Tumpat pada awalnya mengesan sebuah bot yang mencurigakan di perairan Tumpat.

Menurutnya, hasil risikan yang dilakukan mendapati terdapat beberapa buah lori digunakan untuk mengangkut kotak daripada bot ke kontena dibawa treler berkenaan sebelum ia dipandu dari Wakaf Bharu menghala ke daerah ini.

“Anggota bertugas kemudiannya bertindak menahan treler terbabit yang dipandu seorang lelaki berusia 29 tahun bersama kelindan berusia 38 tahun yang mendakwa barangan yang dibawa kepunyaan seseorang.

“Hasil siasatan di dalam lori mendapati kesemua kotak berkenaan mengandungi rokok jenis Double Happiness yang dipercayai belum dibayar cukai kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

“Kesemua rokok serta treler dirampas, manakala kedua suspek ditahan untuk dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu untuk tindakan lanjut,” katanya dalam sidang media di pekarangan Pondok Polis Peringat di sini, hari ini.

Muhamad Zaki berkata, hasil semakan mendapati kedua-dua suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan mereka bukan berasal dari Kelantan.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967 dan jika disabit kesalahan boleh didenda maksimum 10 kali ganda nilai atau RM100,000.

“Rokok yang dirampas ini dipercayai diseludup dari negara jiran untuk dibawa ke Lembah Klang bagi pasaran di sana dan maklumat dari negara mana barangan ini dibawa masih lagi dalam siasatan.

“Rampasan berkenaan adalah yang terbesar setakat ini yang mana nilai termasuk lori dan cukai mencecah RM10 juta,” katanya.

HarianMetro-

Tags: KelantanpolisRampasanRokok Seludup
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd