• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pekerja Kilang Beras Maut Digilis Lori

oleh Mohd Arshad
21/04/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Pekerja Kilang Beras Maut Digilis Lori
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI PETANI – Seorang pekerja kilang beras maut digilis sebuah lori ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di Jalan Gurun-Jeniang di sini pada Ahad.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu berlaku ketika mangsa, Kong Swee Ling, 69, menunggang motosikal dari rumahnya di Gurun ke tempat kerjanya di sebuah kilang beras di Jalan Jeniang.

Menurutnya, mangsa dikatakan terlebih dahulu berhenti bersebelahan sebuah lori ketika lampu isyarat di Simpang Empat Batu 2 bertukar merah.

“Siasatan awal di lokasi kemalangan mendapati, kejadian itu dipercayai berlaku apabila lampu isyarat bertukar hijau ketika kedua-dua buah kenderaan memulakan perjalanan.

“Motosikal mangsa yang berada di titik buta sebelah kiri kemudian dipercayai bergesel dengan lori terbabit,” katanya.

Beliau berkata, akibat daripada kemalangan itu, penunggang motosikal dipercayai terjatuh dan kepalanya digilis tayar belakang lori terbabit.

Wan Azharuddin berkata, penunggang motosikal yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, mayat penunggang motosikal itu dibawa ke unit Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Pemandu lori berusia 46 tahun dari Pendang itu tidak cedera dan kemudian dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda untuk menjalani ujian saringan air kencing dan didapati negatif,” katanya.

SinarHarian-

Tags: Digilis lorimautpekerja kilang beras
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bahana Jalan Berlubang  – Anggota Trafik Maut

Bahana Jalan Berlubang – Anggota Trafik Maut

06/03/2026
0

KUALA BERANG – Seorang anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu maut selepas motosikal yang dinaikinya terbabas...

Budak 11 Tahun Maut, 2 Adik Kritikal Diberi Minum Metadon Oleh Ibu

Budak 11 Tahun Maut, 2 Adik Kritikal Diberi Minum Metadon Oleh Ibu

11/02/2026
0

KAJANG: Seorang kanak-kanak lelaki maut, manakala dua adiknya kritikal selepas dipercayai diberi minum Metadon oleh ibu kandung mereka sendiri, pagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd