• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nestle Malaysia Dijangka Buat Pelarasan Harga Produk Mulai Jun

oleh AK-47
30/04/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
2
Nestle Malaysia Dijangka Buat Pelarasan Harga Produk Mulai Jun
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Nestle (Malaysia) Bhd dijangka membuat pelarasan harga produk tertentu bermula Jun hingga Julai ini berikutan peningkatan harga bahan mentah.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Penganalisis MIDF Research, Genevieve Ng Pei Fen, berkata berdasarkan taklimat secara maya oleh Nestle Malaysia baru-baru ini, pengurusan Nestle Malaysia menekankan bahawa pelarasan harga untuk produk tertentu akan berlaku selepas mengambil kira peningkatan dalam harga koko, Arabica, Robusta, tomato dan gula.

Beliau berkata, jangkaan pelarasan harga produk tertentu oleh Nestle Malaysia itu dilihat sejajar dengan jangkaan firma penyelidikan pasaran itu.

“Kami berpendapat bahawa ini membolehkan kumpulan mengurangkan hakisan margin keuntungan untuk beberapa siri produk terutamanya MILO, Nescafe dan sos tomato Maggi,” katanya dalam satu nota penyelidikan.

Pei Fen berkata, jika diimbas kembali, Nestle Malaysia telah memutuskan untuk menangguhkan kenaikan harga pada November 2022 bagi menyokong pengguna, tetapi membayangkan kenaikan beransur-ansur pada tahun kewangan 2024.

Walau bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya tidak menjangkakan pelepasan penuh pada tahun kewangan 2024 kerana pihaknya percaya usaha untuk terus berdaya saing dan mengekalkan pengguna adalah keutamaan utama menuju ke hadapan.

Pei Fen berkata, kos pengangkutan dan gudang lebih tinggi di tengah-tengah cukai perkhidmatan yang diperluas dan dinaikkan berkuat kuasa 1 Mac 2024, mendorong pelepasan kos daripada pembekal dan pengedar.

Namun, beliau berkata, pengurusan Nestle Malaysia menjelaskan bahawa kos boleh diurus dan kekal komited untuk mengoptimumkan kos pada masa hadapan.

Seterusnya, Pei Fen berkata, jangkakan sentimen pengguna lemah yang berterusan menuju ke depan.

Beliau berkata, pihaknya sedar bahawa sentimen pengguna akan kekal mencabar di tengah-tengah prospek inflasi, melemahkan ringgit yang menjejaskan kuasa beli pengguna, persaingan yang semakin meningkat dan peralihan keutamaan ke arah produk keluaran tempatan yang lebih murah.

“Oleh itu, kami kekal berhati-hati bahawa inisiatif pelepasan kos kumpulan hanya akan mengimbangi sebahagian kos input tertentu yang lebih tinggi untuk mengekalkan daya saing terhadap pesaing dan mengekalkan permintaan,” katanya.

Nestle Malaysia mencatatkan keuntungan bersih lebih rendah sebanyak RM195.51 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2024 berbanding RM197.15 juta yang direkodkan pada suku sama tahun kewangan 2023.

Perolehan susut 3.2 peratus kepada RM1.78 bilion daripada RM1.84 bilion bagi tempoh yang sama, menurut syarikat itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia.

“Ini terutama disebabkan oleh penurunan kecil yang dicatatkan jualan domestik berbanding suku yang sama tahun lalu.

“Dalam suasana yang mencabar dan pengguna masih berhati-hati dalam berbelanja di samping menghadapi persaingan sengit, kami terus memberi tumpuan kepada penghasilan produk berkualiti tinggi, untuk memenuhi jangkaan rasa, kemudahan, nutrisi dan nilai rakyat Malaysia,” menurut pengeluar makanan terkemuka itu.

-Berita Harian

Tags: Nestle MalaysiaPelarasan Harga
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Permohonan Tengku Zafrul Jadi Pencelah Dalam Kes Titah Adendum Didengar 2 Mei

Next Post

PM Arah Penubuhan Suruhanjaya Pekerja GIG Disegerakan

Related Posts

No Content Available
Next Post
PM Arah Penubuhan Suruhanjaya Pekerja GIG Disegerakan

PM Arah Penubuhan Suruhanjaya Pekerja GIG Disegerakan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd