Sunday, May 5, 2024

Creating liberating content

Banjir Semakin Pulih, Jumlah...

KUALA LUMPUR - Keadaan banjir di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak menunjukkan perkembangan...

Mohon Rentas Negeri Jika...

KUALA LUMPUR - Orang ramai yang ingin membuat permohonan rentas negeri diingatkan supaya tidak memberi...

Tergamak Rogol Anak Jiran...

PEKAN - Seorang remaja lelaki tergamak merogol kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang...

Azmin Perlu Letak Jawatan...

KUALA LUMPUR - Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali perlu...

Nahas Helikopter: Upacara Pengebumian 10 Wira TLDM Selesai

KUALA LUMPUR: Upacara pengebumian 10 jenazah wira Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terkorban dalam nahas helikopter terhempas pada Selasa, selesai sepenuhnya pada tengah hari tadi membabitkan dua mangsa terakhir mendiang Leftenan T Sivasutan dan mendiang Laskar Kanan JJM Joanna Felicia Rohna.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Mendiang Sivasutan, 31, disempurnakan di Pusat Krematorium Manjung Hindu Sabha Sanathana Dharma Ashram dekat Kampung Serdang, Sitiawan, Perak pada jam 12.30 tengah hari, manakala mendiang Joanna Felicia, 26, disemadikan di Tanah Perkuburan Kristian Kampung Engkaroh, Serian, Sarawak pada jam 11.33 pagi.

Markas Tentera Laut dalam satu kenyataan petang ini memaklumkan, upacara pengebumian itu turut dilaksanakan dengan penuh adat istiadat ketenteraan, diiringi anggota kawalan TLDM untuk penghormatan terakhir.

“TLDM sekali lagi mengucapkan salam takziah kepada keluarga 10 wira TLDM yang terlibat dalam tragedi ini. Pemergian mereka amat dirasai oleh seluruh warga Navy People dan Angkatan Tentera Malaysia,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan pengibaran bendera separuh tiang, telah dilaksanakan sejak semalam (24 April) dan tamat sejurus upacara pengebumian terakhir pada hari ini selesai.

Sivasutan dan Joanna Felicia, merupakan antara 10 anggota dan pegawai yang terkorban akibat nahas dua helikopter yang terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, pada Selasa.


Semalam, lapan daripada 10 kru yang beragama Islam dikebumikan di tanah perkuburan kampung halaman masing-masing, mengikut istiadat ketenteraan TLDM sebagai penghormatan terakhir.

Mereka ialah jenazah Pegawai Waran II Norfarahimi Saedy, 41, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Ulu Nor, Rantau Panjang, Selama, Perak jam 9 malam, manakala Pegawai Waran II Mohd Shahrizan Mohd Termizi, 41, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 10, Lekir, Perak pada jam 10 malam.

Urusan pengebumian di Kedah melibatkan Bintara Muda Nor Rahiza Anuar, 39, selesai pada jam 9.55 malam di Tanah Perkuburan Masjid Haji Nyak Gam Kampung Ruat, Yan, sementara Pegawai Waran II Muhammad Faisol Tamadun, 36, dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Al-Muhtadin Sik Dalam, jam 10.10 malam.

Turut dikebumikan jenazah Komander Muhammad Firdaus Ramli, 44, di Tanah Perkuburan Masjid Jamek Sungai Nibong, Bayan Lepas, Pulau Pinang jam 8.50 malam, dan Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Zainal Abidin, 37, di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Kuala Lumpur jam 10 malam.

Sementara itu, jenazah Leftenan Komander Amirulfaris Mohamad Marzukhi, 35, selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Senawang, Negeri Sembilan pada jam 11 malam diikuti jenazah Komander Muhamad Amir Mohamad, 44, pada jam 12.30 tengah malam di Tanah Perkuburan Islam Felcra Bukit Kepong, Johor.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori