• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Warga Israel Mengaku Tidak Bersalah

oleh Mohd Arshad
12/04/2024
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
1
Lelaki Warga Israel Mengaku Tidak Bersalah
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Lelaki warga Israel mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan memperdagangkan enam senjata api dan memiliki 158 butir peluru.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Tertuduh, Avitan Shalom, 38, mengangguk faham sebelum membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibacakan dalam bahasa Inggeris di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Tasnim Abu Bakar.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa memperdagangkan enam pistol membabitkan Glock 19 USA, Glock 17 Gen 4, Smith and Wesson Spring Field, Sig Sauer P3205P, Stoeger Cougar 8000F serta Cougar 8000FT di bilik hotel di Jalan Ampang di sini, pada 6.46 petang, 26 Mac dan 6 petang, 28 Mac lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 7(1) Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 (Akta 37) yang membawa kepada hukuman penjara tidak kurang 30 tahun tetapi tidak lebih 40 tahun dan disebat tidak kurang daripada enam kali.

Bagi pertuduhan kedua, lelaki itu didakwa memiliki sekotak Shell Shock NAS3 9mm, mengandungi lapan butir peluru serta tiga kotak Bullet Master Co Ltd (B660105) masing-masing mengandungi 50 peluru di bilik hotel, masa dan tarikh sama.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 (Akta 206) yang boleh dihukum penjara selama tempoh tidak lebih tujuh tahun atau dikenakan denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Mustafa P Kunyalam manakala tertuduh diwakili peguam, Navinjit Singh.

Semasa prosiding, Mohamad Mustafa tidak menawarkan ikat jamin kerana kesalahan itu berada di bawah pertuduhan yang tidak boleh dijamin dengan pihak pembelaan tiada bantahan.

Sementara itu, hakim menetapkan tarikh sebutan semula kes di Mahkamah Sesyen pada 21 Mei ini.

Terdahulu Avitan yang memakai baju-T berwarna hitam dan pelitup muka dibawa dan dikawal ketat polis sebelum prosiding bermula pada 10.30 pagi.

Prosiding itu turut mendapat liputan lebih 20 pengamal media yang mula berkumpul di perkarangan mahkamah sejak 7.30 pagi.

Pada 27 Mac lalu, lelaki itu warga Israel yang memiliki pasport kewarganegaraan Perancis itu ditahan di hotel terbabit selepas dikesan memiliki enam pucuk pistol serta 158 butir peluru dalam beg miliknya.

Hasil siasatan awal Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Cawangan Khas (SB), mendapati lelaki itu memasuki negara ini menerusi penerbangan dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 12 Mac lalu.

Lelaki yang menggunakan pasport Perancis itu didakwa merancang membunuh ketua kepada satu keluarga kumpulan penjenayah yang berseteru dengan keluarganya.

Susulan itu, polis menahan suami isteri warga tempatan yang didakwa menjual senjata api kepada warga Israel itu sebelum mereka dibicarakan di Mahkamah Sesyen Klang, Selangor, Isnin lalu.

Abdul Azim Mohd Yasin, 43, dan isterinya Syarifah Faraha Syed Husin, 41, mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan hakim Mahkamah Sesyen, Sharifah Hascindie Syed Omar.

Sharifah Faraha didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 kerana didakwa memiliki pistol 9mm CZ 75 yang boleh dihukum mengikut seksyen sama, iaitu penjara maksimum 14 tahun.

Pertuduhan ke atas Abdul Azim pula dibuat mengikut Seksyen 9 akta sama kerana bersubahat dengan Sharifah Faraha apabila didakwa mengetahui pistol itu dalam pemilikannya.

-Berita Harian

Tags: Kes Warga Israel
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Zii Jia Sertai Skuad Negara Ke Piala Thomas 2024

Next Post

‘Scammer’ Menyamar Anuar Zain

Related Posts

Pendakwaan Mohon CCTV Berkait Warga Israel Tidak Didedah Kepada Umum

Pendakwaan Mohon CCTV Berkait Warga Israel Tidak Didedah Kepada Umum

02/09/2024
0

Kuala Lumpur : Pasukan pendakwaan terhadap kes lelaki Israel yang berdepan dua tuduhan memiliki 200 peluru dan memperdagangkan enam pucuk...

Next Post
‘Scammer’ Menyamar Anuar Zain

'Scammer' Menyamar Anuar Zain

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd