• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kumpulan Bersenjata Etnik Myanmar Hukum Mati Tiga Anggota

oleh Mohd Arshad
25/04/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Siasatan Kes Kapal Selam Scorpene Masih Berjalan – SPRM
Share on FacebookShare on Twitter

YANGON: Sebuah kumpulan bersenjata etnik minoriti Myanmar membunuh tiga anggotanya berikutan perbicaraan awam yang diadakan di sebuah bandar yang ditawan daripada tentera pada Januari lalu, lapor media yang bergabung dengan kumpulan itu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Kawasan sempadan Myanmar adalah destinasi kepada pelbagai kumpulan bersenjata etnik minoriti dengan beberapa daripadanya bertempur dengan tentera selama beberapa dekad untuk mendapatkan kuasa dan kawalan sumber seperti jed atau candu.

Semalam, seramai 10 ‘anggota tentera’ menjalani perbicaraan awam atas kesalahan termasuk pembunuhan, peras ugut dan penculikan di bandar timur laut Laukkai, menurut media yang bergabung dengan Tentera Perikatan Demokratik Kebangsaan Myanmar (MNDAA).

MNDAA ialah kumpulan etnik Cina yang menguasai wilayah di utara negeri Shan, berhampiran dengan wilayah Yunnan, China.

Satu rakaman video dikeluarkan oleh media The Kokang lewat semalam yang memperlihatkan lelaki diikat dan memakai pakaian sukan yang sama dengan plakat di leher mereka yang memperincikan nama dan jenayah mereka.

Orang ramai yang melihat perbicaraan itu berkumpul di hadapan pentas di mana seorang lelaki berpakaian seragam tentera membacakan hukuman itu.

Menurut The Kokang, tiga daripada lelaki itu dijatuhi hukuman mati kerana membunuh dan kerana menjual senjata dan peluru yang dicuri dari MNDAA.

Sementara yang lainnya, dijatuhi hukuman penjara.

Perbicaraan itu adalah ‘langkah penting untuk mendidik orang ramai supaya tidak mengambil bahagian dalam sebarang jenayah terhadap undang-undang,” lapor The Kokang.

Dalam pada itu, AFP menghubungi sumber yang rapat dengan MNDAA untuk mengulas.

Pada Januari lalu, kira-kira 2,000 tentera junta menyerahkan Laukkai kepada MNDAA selepas beberapa minggu pertempuran yang menyaksikan kekalahan terbesar tentera.

Ketua Junta, Min Aung Hlaing mencipta nama di Laukkai pada 2009 sebagai komander wilayah, dan dia bertindak mengusir MNDAA dari bandar itu.

Tentera kemudian memasang militia yang menjadi kaya hasil penjualan dadah dan menjual koktel perjudian dan seks kepada pelawat dari seberang sempadan China.

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, bandar itu menjadi sarang kumpulan yang menjalankan penipuan dalam talian yang dikendalikan oleh rakyat China dan negara lain yang memaksa mereka bekerja untuk menipu rakan senegara mereka.

China, sekutu utama dan pembekal senjata junta, berulang kali memberitahu tentera Myanmar untuk bertindak keras terhadap industri itu.

Serangan MNDAA yang menawan semula Laukkai dan kawasan lain daripada tentera mendapat sokongan tersirat China atas kegagalan junta bertindak, menurut penganalisis.

MNDAA berkata, pihaknya akan menghapuskan semua kumpulan yang mendalangi jenayah penipuan.

BHonline-

Tags: etnik MyanmarHukum MatiKumpulan Bersenjata
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Inspektor Jeneral Polis Indonesia Dihukum Mati

Bekas Inspektor Jeneral Polis Indonesia Dihukum Mati

13/02/2023
0

JAKARTA: Seorang bekas inspektor jeneral polis Indonesia dihukum mati oleh mahkamah di sini, hari ini, atas kesalahan terbabit pembunuhan terancang...

Iran Hukum Mati Penunjuk Perasaan Cederakan Pengawal Keselamatan Dengan Pisau

Iran Hukum Mati Penunjuk Perasaan Cederakan Pengawal Keselamatan Dengan Pisau

08/12/2022
0

DUBAI: Iran hari ini melaksanakan hukuman mati ke atas seorang penunjuk perasaan yang disabitkan bersalah kerana mencederakan seorang pengawal keselamatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd