Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

Kecoh Barista Disangka Onani...

SEORANG pembancuh kopi atau barista menjadi bualan rakan sekerja apabila disangka sedang melakukan...

Jijik….Sanggup Telan Kepala Tikus...

MENJIJIKKAN namun lelaki ini, Matthew Maloney, 25, menyifatkan tindakannya menggigit kepala seekor tikus yang...

Jualan Kenderaan Jun Susut...

KUALA LUMPUR - Jumlah jualan kenderaan pada Jun 2017 turun kepada 50,275 unit daripada 57,362 unit yang...

Arab Saudi Tiada Pelan...

VOLGOGRAD - Jurulatih Arab Saudi, Juan Antonio Pizzi menegaskan beliau tidak mempunyai perancangan...

‘Identiti Saksi Kritikal Najib Didedah, Media Dihalang Buat Liputan’

KUALA LUMPUR: Media tidak dibenarkan membuat liputan prosiding permohonan Datuk Seri Najib Razak mendapatkan kebenaran semakan kehakiman mencabar kewujudan Titah Adendum atau tambahan Yang di-Pertuan Agong ke-16 supaya bekas Perdana Menteri itu menjalani tempoh pemenjaraan selama enam tahun di rumah.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Prosiding itu berlangsung di Mahkamah Tinggi hari ini, bagi membolehkan peguam bela Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, memaklumkan identiti ‘saksi kritikal’ yang mengikrarkan afidavit bagi menyokong permohonan Najib.

Terdahulu ketika prosiding di hadapan Hakim Datuk Amarjeet Singh; Muhammad Shafee memohon supaya prosiding itu dijalankan secara dalam kamar, memandangkan ada isu sensitif.

“Semua dokumen sudah difailkan. Secara dalam kamar bermaksud ia boleh dibuat secara fizikal di mahkamah tetapi diisytiharkan dalam kamar.

“Saya diberitahu pihak responden (peguam kerajaan) menerima idea ini (prosiding dalam kamar) dengan mengambil kira kandungan afidavit permohonan itu yang dilihat sensitif,” katanya.

Hakim kemudian membenarkan prosiding fizikal mahkamah diisytihar secara dalam kamar yang hanya boleh dihadiri pasukan pembelaan ajib dan wakil responden.

“Semua pihak lain termasuk pihak media tidak dibenarkan mengikuti prosiding ini,” katanya.

Najib, 70, memfailkan permohonan itu di Mahkamah Tinggi di sini pada 1 April menerusi Tetuan Shafee & Co.


Beliau menamakan Menteri Dalam Negeri, Komisioner Jeneral Penjara, Peguam Negara, Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di JPM dan Kerajaan Malaysia sebagai responden.

Bekas Ahli Parlimen Pekan itu memohon perintah supaya kesemua responden atau seorang daripada mereka diarah untuk menjawab dan mengesahkan kewujudan Titah Adendum bertarikh 29 Januari 2024.

Najib juga memohon perintah jika titah itu wujud, maka kesemua responden atau seorang daripada mereka perlu melaksanakannya dan dengan serta-merta memindahkan beliau dari Penjara Kajang ke kediamannya di Kuala Lumpur untuk menjalani baki hukuman penjara di rumah.

Bekas Perdana Menteri berkenaan memohon perintah supaya semua atau seorang daripada responden memberikan salinan titah utama oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 berhubung pengurangan hukuman penjara dan denda serta titah adendum, selain memohon kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Najib kini menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan bagi kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Beliau kemudian memfailkan petisyen untuk pengampunan diraja pada 2 September 2022.

Susulan keputusan pengampunan itu, hukuman penjara Najib dikurangkan daripada 12 tahun kepada enam tahun manakala denda pula dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori