Tuesday, April 30, 2024

Creating liberating content

Lepaskan Tembakan Di McDonald’s...

WASHINGTON – Seorang wanita Michigan dihukum penjara tiga hingga tujuh tahun kerana melepaskan...

Chickaboo Dapat Perhatian Penyanyi...

SELEPAS popular beraksi di lorong paling kanan jalan raya Khamis lalu, burung unta,...

Menuju PRU14, Pembangkang Makin...

PILIHAN Raya Umum ke-14 akan diadakan dalam tempoh beberapa minggu lagi, selepas Perdana...

Siti Nordiana Jalin Hubungan...

SITI Nordiana sehingga kini, masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan berkaitan perkara yang rancak diperkatakan...

Hafizul Dipercayai Mahu Larikan Diri Ke Makkah Melalui Thailand – Polis

KOTA BHARU: Polis tidak menolak kemungkinan suspek yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, awal pagi kelmarin sebelum ditahan pada petang semalam, mahu melarikan diri ke Makkah melalui Thailand.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata ia berdasarkan rampasan dibuat membabitkan sejumlah wang tunai dalam mata wang Riyal dan Baht daripada suspek, Hafizul Hawari, semalam.

Selain wang tunai, beliau berkata, polis turut merampas sepucuk pistol jenis Glock 19 Austria bersama 33 butir peluru hidup, mercun bola, enam telefon bimbit, pasport dan empat kad pengenalan milik orang lain.

“Saya tidak menolak kemungkinan berkenaan (suspek mahu melarikan diri ke Makkah melalui Thailand) berdasarkan wang tunai dalam mata wang asing yang dirampas. Namun, siasatan lanjut masih dijalankan.

“Kita percaya suspek memang mahu melarikan diri ke luar negara. Bagaimana kaedah suspek mahu melarikan diri, itu masih dalam siasatan,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Shuhaily berkata, suspek berusia 38 tahun itu dipercayai tiba di Kelantan pada petang kelmarin selepas waktu zuhur.

Beliau berkata, suspek kemudian menginap di sebuah hotel dengan mendaftar masuk menggunakan identiti individu lain melalui salah satu kad pengenalan yang dirampas berkenaan, menyebabkan kehadirannya ketika itu gagal dikesan.

“Hasil siasatan juga mendapati selepas kejadian, suspek tidak berjumpa sesiapa dan terus menuju ke Kelantan sebelum menginap di sebuah hotel.

“Oleh itu, kita percaya suspek bergerak sendirian tanpa dibantu individu lain. Kereta yang digunakan suspek juga masih sama, iaitu Honda Civic. Namun, suspek menukar nombor plat bagi mengelak pergerakannya dikesan,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Shuhaily merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pasukan yang membantu menyelesaikan kes berkenaan.


“Syukur, kes ini selesai dengan aman, selain tiada pihak yang cedera (dalam proses berkenaan). Saya berterima kasih kepada semua, termasuk Ketua Polis Negeri yang terbabit dengan kawasan sempadan,” katanya.

Terdahulu, Hafizul yang memakai baju lokap berwarna ungu, tiba di mahkamah pada jam 8.30 pagi tadi dengan diiringi empat pegawai, termasuk anggota polis.

Suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga Isnin depan untuk membantu siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Dalam insiden kira-kira jam 1.20 pagi kelmarin, suspek didakwa melepaskan tembakan ke arah isterinya yang dipercayai sedang menunggu kepulangan jemaah umrah di tempat kejadian. Bagaimanapun, tembakan itu terkena seorang lelaki tempatan yang juga pengawal peribadi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, dilaporkan berkata kejadian itu adalah bersifat peribadi dan tidak berkaitan dengan sebarang aktiviti keganasan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain pula dipetik berkata hasil semakan mendapati isteri suspek pernah membuat dua laporan polis terhadap Hafizul pada 2016 dan tahun lalu berhubung ugutan jenayah.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, dilaporkan berkata hasil semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod dikehendaki polis atas kesalahan mengikut Seksyen 380/170 Kanun Keseksaan, iaitu mencuri dan menyamar sebagai penjawat awam, yang dilaporkan di Muar, Johor, baru-baru ini.

Selepas 36 jam melarikan diri, Hafizul berjaya ditahan kira-kira jam 3 petang semalam di hadapan sebuah hospital swasta di Jalan Bayam oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Khas (D9), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Kelantan.

Ketika ditahan, menurut sumber, suspek seorang diri dan berlaku pergelutan, selain polis turut merampas sepucuk pistol daripada lelaki itu.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori