• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gangguan Khidmat Perbankan, Maybank Mohon Maaf

oleh Mohd Arshad
10/04/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
1
Gangguan Khidmat Perbankan, Maybank Mohon Maaf
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Malayan Banking Bhd (Maybank) memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi oleh pelanggannya akibat isu yang tidak dijangka dan ingin mengucapkan terima kasih atas kesabaran dan pemahaman pelanggannya.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Bank terbesar Malaysia itu dalam satu kenyataan semalam berkata, ia juga ingin memaklumkan bahawa pada masa ini semua perkhidmatan dan aplikasi beroperasi seperti biasa.

Pada minggu lalu, pengguna Maybank mengeluh tentang gangguan perkhidmatan perbankan bank itu yang menjejaskan perkhidmatan, malah didakwa sehingga menyebabkan kesesakan di tempat letak kereta di pusat beli-belah.

“Pada 5 April 2024 sekitar jam 9.20 malam, Maybank mengalami gangguan perkhidmatan yang menjejaskan urusan kad debit, perbankan dalam talian dan perkhidmatan ATM kami.

“Isu ini telah menghalang pelanggan daripada membuat pembayaran dalam talian serta di premis perniagaan untuk sementara waktu.

“Sejurus selepas menyedari isu itu, pasukan teknikal kami telah berusaha untuk menyelesaikan dan memulihkan perkhidmatan secepat mungkin,” kata kenyataan itu.

Menurutnya lagi, perkhidmatan yang terjejas telah beransur pulih dan beroperasi dengan sepenuhnya pada jam 11:34 malam.

“Semua transaksi pelanggan juga telah diurus dan diselesaikan. Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dihadapi oleh pelanggan kami akibat isu yang tidak dijangka ini dan ingin mengucapkan terima kasih atas kesabaran dan pemahaman mereka.

“Kami juga ingin memaklumkan bahawa pada masa ini kesemua perkhidmatan dan aplikasi beroperasi seperti biasa,” katanya.

Katanya, sekiranya pelanggan memerlukan sebarang bantuan, mereka boleh menghubungi Khidmat Pelanggan kami melalui PM (Mesej Peribadi) di media sosial atau talian 1-300-88-6688.

“Dalam era digital hari ini, Maybank memahami bahawa kebolehpercayaan dan keselamatan sistem pembayaran elektronik adalah amat penting.

“Kami ingin memberi jaminan kepada pelanggan dan pihak berkepentingan kami tentang komitmen berterusan Maybank dalam menjana pengalaman dan kepuasan pelanggan bertahap tinggi,” tambah kenyataan itu.

BHonline-

Tags: gangguankhidmat perbankanMaybank
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ceramah Syed Saddiq Di Muar Diganggu Sekumpulan Pemuda

Ceramah Syed Saddiq Di Muar Diganggu Sekumpulan Pemuda

17/10/2022
0

Ceramah anjuran Muda di Muar, Johor malam tadi dicemari dengan insiden gangguan oleh sekumpulan pemuda. Ikuti Mynewshub: Telegram Kira-kira 20 orang...

Kadar Pinjaman Maybank Naik Mulai Jumaat

Kadar Pinjaman Maybank Naik Mulai Jumaat

06/07/2022
0

KUALA LUMPUR: Maybank akan melaras naik Kadar Asas (BR) dan Kadar Pinjaman Asas (BLR) sebanyak 25 mata asas berkuat kuasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd