• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Duda Didakwa Cabul Anak Kandung

oleh Mohd Arshad
03/04/2024
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
1
Duda Didakwa Cabul Anak Kandung
Share on FacebookShare on Twitter

Muar : Pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, tadi, terhadap tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal ke atas anak kandungnya di sebuah rumah pangsa di daerah ini, sejak tahun lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Tertuduh berusia 58 tahun yang juga duda membuat pengakuan itu dan mohon dibicarakan sebaik pertuduhan dibaca jurubahasa di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan amang seksual terhadap anak kandungnya di rumah pangsa, pada jam 10 pagi, 24 April 2023.

Pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa mengulangi perkara sama terhadap mangsa di tempat letak motosikal, kawasan rumah pangsa terbabit, pada jam 4 petang, Februari lalu.

Manakala pertuduhan ketiga, dia juga mengulangi perbuatan itu di rumah sama, pada jam 11.30 malam, 16 Mac lalu.

Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017, dan boleh dihukum mengikut Seksyen 14 dan dibaca bersama Seksyen 16 (1) akta sama.

Bagi Seksyen 14 (a), hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan juga dikenakan sebatan manakala Seksyen 16, penjara sehingga lima tahun serta sebat tidak kurang dua kali, bagi setiap pertuduhan.

Berdasarkan laporan dibuat mangsa, mereka hanya bertiga tinggal bersama bapa selepas bercerai dengan ibunya.

Mangsa dikatakan memendam perkara sebelum memberitahu pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang datang ke rumah bagi urusan hak penjagaan mangsa, kakak dan adik lelakinya.

Susulan itu, satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar. Susulan laporan itu, polis berjaya menahan suspek pada 26 Mac lalu untuk membantu siasatan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu pihak pendakwaan tidak menawarkan ikat jamin terhadap tertuduh dengan mengambil kira mangsa anak kandung serta tinggal bersama.

Mahkamah kemudian membenarkan permohonan pihak pendakwaan dan menetapkan 6 Mei ini untuk sebutan semula kes serta lantikan peguam tertuduh.

-Harian Metro

Tags: cabulDudakes cabul
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Agong Terima Mengadap Pengasas KK Mart, Ingatkan Jangan Ada Cuba Hasut Rakyat

Next Post

Penjawat Awam Perlis Terima RM500 Bonus Aidilfitri RM500

Related Posts

Mengaku Gersang Punca Lelaki Sengaja Langgar, Cabul Wanita Di Bazar Ramadan

Mengaku Gersang Punca Lelaki Sengaja Langgar, Cabul Wanita Di Bazar Ramadan

13/03/2025
0

TEMERLOH - Seorang lelaki mendakwa gersang kerana 13 tahun tidak bersama wanita akibat HIV positif ditahan pada Rabu selepas mencabul...

Cabul Budak Di Masjid: JKM Sahkan Suspek Ada Kad OKU Sejak Kecil

Cabul Budak Di Masjid: JKM Sahkan Suspek Ada Kad OKU Sejak Kecil

22/02/2025
0

HULU SELANGOR: Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul seorang kanak-kanak perempuan ketika mangsa sedang menunaikan solat subuh...

Next Post
Penjawat Awam Perlis Terima RM500 Bonus Aidilfitri RM500

Penjawat Awam Perlis Terima RM500 Bonus Aidilfitri RM500

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd