• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Penternak Lembu Dilepas Dan Dibebaskan Atas Dakwaan Edar Dadah, Miliki Pistol

oleh Mohd Arshad
21/04/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Pelajar Maut Rentas Desa: Acara Larian Patuh Garis Panduan
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU: Mahkamah Tinggi di sini melepas dan membebaskan dua penternak lembu atas dua pertuduhan mengedar dadah, selain memiliki sepucuk pistol yang didakwa dilakukan mereka lima tahun lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Keputusan dibuat Hakim Datuk Mohamad Abazafree Mohd Abbas selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie terhadap tertuduh, Wan Marzuki Wan Daud, 59 dan Mohd Naim Azmi, 37, di akhir kes pendakwaan.

“Sebelum keputusan dibuat dengan mengambil kira beberapa faktor, pihak pendakwaan gagal membuktikan dan keterangan berkenaan bercanggah.

“Rumah didiami kedua-dua tertuduh itu boleh dimasuki orang lain. Justeru, tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan itu,” katanya.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, mereka didakwa bersama-sama mengedar dadah berbahaya jenis methamphetamine seberat 749.5 gram (g) dan heroin seberat 87.8 g.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Taman Pinggiran Atira 3 di sini, pada jam 12.50 tengah malam 25 Februari 2019.

Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan (KK).

Mereka juga didakwa memiliki sepucuk pistol jenis Revolver di rumah lain di kampung sama, pada jam 12.10 tengah malam tarikh sama.

Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan juga disebat tidak kurang daripada enam kali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Aida Fatimah Abd Jabar dan tertuduh pertama diwakili J Matthews dan Muhammad Farhan Ahmad Fadzil, manakala tertuduh kedua diwakili peguam Datin Norah Abu Bakar.

BHonline-

Tags: dilepas dan dibebaskanEdar Dadahpenternak lembuPistol
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pelajar Maut Rentas Desa: Acara Larian Patuh Garis Panduan

Next Post

90% GLC Sabah Gagal Menjana Dividen

Related Posts

Bukan Setakat Jumpa Lebih 147kg Ganja, Polis Turut Temukan Pistol Pada Ahli Sindiket Edar Dadah

Bukan Setakat Jumpa Lebih 147kg Ganja, Polis Turut Temukan Pistol Pada Ahli Sindiket Edar Dadah

18/03/2025
0

Kepala Batas: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran ganja di utara Semenanjung selepas merampas...

‘Saya Minta Dia Simpan Pistol Supaya Anak Tidak Takut’

‘Saya Minta Dia Simpan Pistol Supaya Anak Tidak Takut’

10/02/2025
0

Shah Alam : "Kami sekeluarga berdepan detik mencemaskan selama 45 minit di dalam kereta bersama lelaki itu yang mengacu pistol...

Next Post
90% GLC Sabah Gagal Menjana Dividen

90% GLC Sabah Gagal Menjana Dividen

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd