• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Ahli ‘Sindiket Scammer’ Didakwa Memberi, Subahat Beri Rasuah RM60,000

oleh Mohd Arshad
16/04/2024
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Dua Ahli ‘Sindiket Scammer’ Didakwa Memberi, Subahat Beri Rasuah RM60,000
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA: Dua pemuda disyaki ahli sindiket penipuan pinjaman tidak wujud dalam talian, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini, atas pertuduhan berasingan memberi dan bersubahat memberi rasuah RM60,000 kepada pegawai kanan polis bagi mengelak dikenakan tindakan, tahun lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Kedua-dua tertuduh, Teo Teck Qing, 26, dan Keong Kah Wai, 19, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus dibacakan dan diterangkan pertuduhan dalam prosiding berasingan di hadapan Hakim, Elesabet Paya Wan.

Pada prosiding pertama, Teo didakwa secara rasuah memberikan suapan wang tunai RM60,000 kepada seorang pegawai kanan polis berpangkat Deputi Superintendan yang bertugas di lbu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah, sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan ke atas tertuduh dan rakan-rakannya yang disyaki melakukan kesalahan aktiviti penipuan ‘scammer’.

Dia didakwa mengikut Seksyen 17(6) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (1) akta sama, jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi.

Sementara itu, Keong pula didakwa bersubahat dalam pelakuan kesalahan oleh Teo yang memberikan suapan kepada pegawai kanan polis berkenaan bagi tujuan sama iaitu tidak mengambil tindakan ke atas Teo dan rakan-rakannya yang disyaki melakukan kesalahan aktiviti penipuan.

Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 28(1)(c) ASPRM 2009 dibaca bersama Seksyen 17(b) dan Seksyen 24(1) akta sama.

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan sebuah kedai serbaneka di Simpang Point Fasa ll, Simpang Ampat, Alor Gajah, Pada 1 Jun 2023, kira-kira jam 1.15 tengah hari.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohamad Azriff Firdaus Mohamad Ali, mencadangkan jaminan RM80,000 bagi setiap tertuduh berserta syarat tambahan melaporkan diri di Pejabat SPRM Melaka sebulan sekali selain pasport diserah untuk simpanan mahkamah sehingga perbicaraan selesai.

Katanya, jumlah ikat jamin dan syarat tambahan ditawarkan adalah memadai bagi menjamin kehadiran tertuduh pada tarikh sebutan dan perbicaraan ditetapkan mahkamah kelam.

Peguam bela, Umar Zulkarnain, yang menyebut bagi peguam Daljit Singh, bagaimanapun berhujah bahawa jaminan tinggi adalah bersifat menghukum yang mana kedua-dua tertuduh belum didapati bersalah dan merayu jumlah itu dikurangkan.

Katanya, kedua-dua tertuduh yang juga rakan memberikan kerjasama penuh dalam siasatan, malah datang sendiri hari ini untuk menjawab pertuduhan terhadap mereka serta tidak melarikan diri biarpun kes berlaku pada tahun lalu.

“Teo dan Keong masing-masing akan dijamin oleh abang dan ibu kandung mereka,” katanya.

Selepas menimbangkan hujah kedua-dua pihak, mahkamah menetapkan jaminan RM40,000 bagi Teo, manakala Keong, RM30,000 dengan seorang penjamin masing-masing berserta syarat tambahan seperti dipohon pendakwaan.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 21 Mei depan untuk pengurusan kes dan serahan dokumen.

BHonline-

Tags: rasuahsindiket scammer
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis Rampas Pistol Dari Hafizul Ketika Ditahan Di Jalan Bayam

Next Post

Alas Kaki Gambar Kaabah: Siasatan Tetap Diteruskan

Related Posts

Ejen PUSPAKOM Ditahan SPRM Kerana Rasuah Nombor Giliran RM40,000

Ejen PUSPAKOM Ditahan SPRM Kerana Rasuah Nombor Giliran RM40,000

21/03/2025
1

KUALA LUMPUR: Seorang ejen pusat pemeriksaan kenderaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima rasuah mendapatkan nombor giliran...

Penjawat Awam Direman Lima Hari Bantu Siasatan Minta Rasuah RM3,000

Penjawat Awam Direman Lima Hari Bantu Siasatan Minta Rasuah RM3,000

10/03/2025
0

KUALA TERENGGANU: Seorang penjawat awam direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes dakwaan meminta rasuah RM3,000 sebagai...

Next Post
Dua Ahli ‘Sindiket Scammer’ Didakwa Memberi, Subahat Beri Rasuah RM60,000

Alas Kaki Gambar Kaabah: Siasatan Tetap Diteruskan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd