Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

2018 Maserati Ghibli Kini...

KUALA LUMPUR - 2018 Maserati Ghibli, kenderaan terlaris jenama itu dalam sejarahnya, kini...

Kumpulan KRU Bakal Bubar...

KUMPULAN RAP terkenal iaitu KRU akhirnya menemui kata sepakat untuk membubarkan kumpulan tersebut...

1.4 Juta Penduduk Zimbabwe...

HARARE - Kerajaan Zimbabwe sudah memulakan kempen vaksin di kawasan pedalaman yang dilanda...

Maya Karin ‘Damba’ Lelaki...

PELAKON kacukan popular, Maya Karin mengakui baharu lepas putus cinta namun enggan mendedahkan...

DBKL Usir, Sita 15 Penjaja Haram Warga Asing Sekitar Pasar Borong KL

KUALA LUMPUR: Sejumlah 15 penjaja haram warga asing diusir dan dikenakan tindakan sita dalam operasi Tindakan Khas di beberapa premis berhampiran Pasar Borong Kuala Lumpur, dekat sini semalam.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, operasi dijalankan Jabatan Penguatkuasaan itu dilaksanakan di sekitar Jalan 1/3a, Jalan 6/3a dan Jalan Batu Hampar, Pusat Bandar Utara Selayang di sini.

“Pemantauan dan tindakan penguatkuasaan sekitar luar kompleks Pasar Borong Kuala Lumpur dilakukan membabitkan pemeriksaan terhadap premis perniagaan borong sayuran, buah-buahan, barangan am.

“Operasi juga dijalankan bagi memantau aktiviti penjajaan dari warga asing terutama dalam kalangan etnik Rohingya dari Myanmar,” katanya melalui hantaran di Facebook.

DBKL memaklumkan 15 tindakan sita dan pindah barangan itu dikenakan ke atas warga asing terbabit kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen sah.


Katanya, tindakan diambil mengikut Undang-Undang Kecil 3 (UUK), Undang-Undang Kecil Perlesenan Penjaja Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) 2016.

“Tujuh premis dikenakan tindakan notis kompaun membabitkan kesalahan halangan tempat awam, premis tiada lesen dan melantik pembantu tanpa kebenaran.

“Tindakan diambil mengikut Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 dan Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori