• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Bunyi Letupan, Tembakan Jelas Kedengaran Sampai Terjaga Daripada Tidur…’

oleh Mohd Arshad
29/04/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Biden Kekal Tidak Sokong Pencerobohan Di Rafah
Share on FacebookShare on Twitter

RANTAU PANJANG: Penduduk yang tinggal di sempadan Malaysia-Thailand di sini mengakui terkejut mendengar bunyi letupan dan bedilan kuat yang dipercayai berlaku di kawasan Gualosira, Pasemas Daerah Sungai Golok, Wilayah Narathiwat, sekitar jam 1 pagi tadi.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Penduduk di Pekan Rantau Panjang, Zaidi Abdullah, 42, berkata beliau terjaga selepas terkejut mendengar letupan kuat itu sehingga menggegarkan rumahnya yang berjarak hanya beberapa meter dari Sungai Golok.

Katanya, dia mengagak sesuatu terjadi di sebelah negara jiran selepas mendengar bunyi seperti berbalas tembakan dan meminta keluarganya tidak keluar rumah atas faktor keselamatan.

“Bunyi letupan dan bedilan yang kuat itu berhenti seketika tetapi bersambung kembali beberapa minit kemudian. Saya mendapat tahu maklumat berkaitan insiden ini melalui laman sosial Facebook apabila ada yang berkongsi mengenai kejadian itu.

“Memandangkan rumah saya dekat dengan Sungai Golok, insiden sebegini seperti sudah biasa tetapi pada masa sama, tetap berasa takut dengan keselamatan diri dan keluarga,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Bagaimanapun, difahamkan tiada laporan membabitkan mangsa yang meninggal dunia akibat insiden terbabit.

Selain itu, di Facebook turut tular beberapa video menunjukkan rakaman bunyi letupan termasuk daripada penduduk di sebelah Thailand.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed, ketika dihubungi berkata pihaknya masih belum menerima sebarang laporan atau aduan berkaitan insiden letupan dan bedilan itu daripada penduduk kampung.

BHonline-

Tags: letupantembakan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pasukan MALBATT di Selatan Lubnan Diarah Berjaga-Jaga

Pasukan MALBATT di Selatan Lubnan Diarah Berjaga-Jaga

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa insiden letupan berlaku di kawasan operasi berhampiran Markas Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL)...

TERKINI: Lelaki Disahkan Maut Letupan Di Universiti Swasta

TERKINI: Lelaki Disahkan Maut Letupan Di Universiti Swasta

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki disahkan maut dalam insiden letupan kompresor penyaman udara di sebuah universiti swasta di Bukit Damansara, pagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd