• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Berkas Suspek Tembakan Di KLIA, Bukti Kecekapan Polis – Musa Hassan

oleh Mohd Arshad
16/04/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Alas Kaki Gambar Kaabah: Siasatan Tetap Diteruskan
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kejayaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberkas suspek kes tembak di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Sepang, membuktikan kecekapan risikan dan operasi pasukan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, itu satu tindakan terbaik PDRM khususnya Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dalam tindakan mengesan sebelum menahan dan membawa suspek ke muka pengadilan (reman).

“Ini sekali gus dapat mempertingkat kepercayaan masyarakat dan membuatkan mereka (masyarakat) rasa lebih selamat.

“Saya harap prestasi serta kecekapan pasukan polis diteruskan,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Beliau berkata, seluruh warga pasukan juga dinasihat untuk teruskan komitmen dan tugas dengan integriti tinggi.

Ujar Musa, beliau harap pihak pengurusan tertinggi PDRM terus memberi semangat dan motivasi kepada pegawai dan anggota di bawah untuk terus jalankan tugas dengan cemerlang.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.20 pagi, pada Ahad, suspek berusia 38 tahun melepaskan dua das tembakan di Balai Ketibaan KLIA dengan menyasarkan isterinya yang sedang menunggu jemaah umrah.

Bagaimanapun, satu das tersasar, manakala satu lagi das mengenai pengawal peribadi isteri suspek dan dilaporkan parah.

Suspek kemudian terus melarikan diri sebelum berjaya diberkas polis di Kota Bharu, Kelantan pada Isnin.

Suspek kemudian telah direman tujuh hari sehingga 22 April.

Siasatan awal polis dipercayai kejadian bermotifkan perihal peribadi antara suspek dengan isterinya.

SinarHarian-

Tags: BerkasKLIA 1polisSuspek
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd