• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Beras Di Tapak Lupus Sampah Temerloh Tak Selamat Dimakan – KPKM

oleh AK-47
19/04/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Beras Di Tapak Lupus Sampah Temerloh Tak Selamat Dimakan – KPKM
Share on FacebookShare on Twitter

Beras yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak selamat untuk dimakan, menurut Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Dalam satu kenyataan hari ini, KPKM memaklumkan bahawa perkara itu susulan hasil siasatan yang dijalankan oleh pihak Kawalselia Padi dan Beras (KPB) cawangan Temerloh yang telah turun ke lokasi kejadian.

“KPKM memandang serius akan isu tular yang berlaku dan telah mengambil langkah segera dengan menjalankan siasatan melalui KPB cawangan Temerloh di lapangan.

“Turut hadir ke lokasi ialah pihak Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp),” menurut kenyataan itu.

KPKM memaklumkan lokasi kejadian ialah di tempat pembuangan sampah berhampiran Jalan Pintasan Rumpun Makmur-Gunung Senyum, Kuala Krau.

Menurut KPKM, sebarang aktiviti pelupusan beras hendaklah dirujuk dengan pihak KPB KPKM.

Kementerian itu menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi kerana perkara berkenaan masih dalam siasatan di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522).

Semalam, tular di media sosial beberapa gambar kampit beras, tin sardin, tepung dan barangan makanan yang dibuang di kawasan pembuangan sampah, sehingga mendapat pelbagai maklum balas negatif daripada warganet.

-Malaysia Kini

Tags: berasKPKMTapak Lupus Sampah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Enggan Campur, Titah Adendum Kes Najib Bidang Kuasa Agong, Lembaga Pengampunan – Anwar

Next Post

Lelaki Bunuh, Bakar Bapa Saudara

Related Posts

Harga Kawalan Maksimum Benih Padi Sah Turun RM2 Sekampit – KPKM

Harga Kawalan Maksimum Benih Padi Sah Turun RM2 Sekampit – KPKM

14/04/2025
0

KUALA LUMPUR: Harga kawalan maksimum benih padi sah (BPS) akan diselaraskan kepada RM52 di peringkat borong dan RM56 bagi runcit...

KPKM Jamin Bekalan Telur Ayam Mencukupi

KPKM Jamin Bekalan Telur Ayam Mencukupi

22/03/2025
0

SHAH ALAM – Kerajaan memberi jaminan bahawa bekalan telur ayam di negara ini kekal mencukupi dan stabil bagi memenuhi permintaan...

Next Post
Lelaki Bunuh, Bakar Bapa Saudara

Lelaki Bunuh, Bakar Bapa Saudara

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd