• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Penuntut IPT Nafi Rogol Kenalan Media Sosial

oleh Mohd Arshad
01/04/2024
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Bekas Penuntut IPT Nafi Rogol Kenalan Media Sosial
Share on FacebookShare on Twitter

Muar : Graduan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di Melaka didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan merogol kenalan baru dikenali di media sosial, dua tahun lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Tertuduh Muhammad Fakhrul Hakim Mohamad Ali, 22, bagaimanapun mengaku tidak bersalah apabila pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Mengikut pertuduhan, lelaki terbabit didakwa melakukan perbuatan itu terhadap kenalannya berusia 15 tahun (ketika kejadian) di taman permainan di Sungai Mati, Tangkak antara 6.15 hingga 6.40 petang, 3 Julai 2022.

Dia didakwa melakukan kesalahan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan iaitu penjara tidak melebihi 20 tahun serta boleh dikenakan sebatan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir, manakala tertuduh diwakili peguam Nor Hafizah Abdullah.

Pihak pendakwaan memohon tiada jaminan ditawarkan memandangkan mangsa masih mentah.

“OKT (orang kena tuduh) melakukan perbuatan itu di mana mereka baru dua bulan mengenali di media sosial.

“Sekiranya mahkamah ingin memberikan tawaran ikat jamin, pihak pendakwaan mencadangkan RM15,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan,” katanya.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Mei depan untuk sebutan semula kes terbabit.

Pada masa sama, mahkamah menetapkan dua syarat iaitu tertuduh perlu melapor diri di balai polis berdekatan sebulan sekali dan tidak boleh mengganggu atau berhubung dengan mangsa atau keluarganya.

-Harian Metro

Tags: kes rogol
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

Kes Rogol Di Sekolah: KPM Tumpu Bantu Pulih Emosi Calon SPM Dan Guru

Kes Rogol Di Sekolah: KPM Tumpu Bantu Pulih Emosi Calon SPM Dan Guru

12/10/2025
0

MELAKA: Semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan guru di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah, di sini akan diberikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd