• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bayi Enam Bulan Mati Dibunuh, Bapa Ditahan

oleh Mohd Arshad
17/04/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Polis Kesan Lelaki Rakam Video Wanita Dalam Tandas
Share on FacebookShare on Twitter

KAJANG – Laporan polis daripada seorang bapa mengenai kematian bayinya berusia enam bulan akibat kemalangan tidak benar apabila bedah siasat mendapati mangsa maut disebabkan perbuatan jenayah.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintenden Mohamad Nasir Drahman berkata, pihaknya menerima satu maklumat daripada seorang lelaki iaitu bapa mangsa bahawa bayi lelaki itu berada dalam keadaan tidak sedar di rumah pada Isnin.

Beliau berkata, laporan yang diterima jam 8.52 pagi itu berlaku di Pangsapuri Baiduri, Bandar Tasik Kesuma, Beranang, dekat sini.

Kata beliau, hasil pemeriksaan awal mendapati tiada kecederaan di badan mangsa dan mayat telah dihantar ke Hospital Kajang untuk bedah siasat.

“Hasil bedah siasat mengesahkan kecederaan mangsa bukan disebabkan kemalangan tetapi ekoran perbuatan jenayah.

“Terdapat kecederaan di bahagian kepala, namun ia tidak kelihatan dari luaran.

“Namun apabila urusan bedah siasat dilakukan, kecederaan tersebut dapat dikesan,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Mohamad Nasir berkata, kes tersebut diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan serta jika sabit kesalahan boleh dihukum mati.

Menurut beliau, pihaknya bertindak menahan suspek yang berusia 25 tahun semasa berada di pekarangan Unit Forensik, Hospital Kajang pada Isnin jam 11.30 malam.

Katanya, ujian air kencing ke atas suspek mendapati positif dadah jenis syabu.

Menurutnya, suspek ditahan reman selama tujuh hari sehingga 22 April bagi siasatan lanjut.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat kejadian ini boleh berhubung dengan mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Superintenden S Vekram di talian 019-4737108 bagi membantu siasatan,” ujarnya.

SinarHarian-

Tags: BapabayiDibunuh
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis Kesan Lelaki Rakam Video Wanita Dalam Tandas

Next Post

Pesawah Maut, Tubuh Termasuk Ke Dalam Jentera Pembajak

Related Posts

Derita 11 Tahun: Bapa Disyaki Rogol 2 Anak Sejak Umur 5, 6 Tahun

Derita 11 Tahun: Bapa Disyaki Rogol 2 Anak Sejak Umur 5, 6 Tahun

21/06/2025
0

BATU PAHAT: Seorang buruh kebun sawit direman tujuh hari kerana disyaki merogol dua anak perempuannya sejak 11 tahun lalu. Majistret...

Bayi Maut Dihempap Lengan Bapa Kena Serangan Jantung, Bapa Turut Meninggal

Bayi Maut Dihempap Lengan Bapa Kena Serangan Jantung, Bapa Turut Meninggal

19/06/2025
0

MELAKA: Bayi lelaki berusia tiga bulan maut dipercayai lemas akibat dihempap lengan bapanya yang secara tiba-tiba diserang sakit jantung di...

Next Post
Bayi Enam Bulan Mati Dibunuh, Bapa Ditahan

Pesawah Maut, Tubuh Termasuk Ke Dalam Jentera Pembajak

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd